Salam,
Kem Bakat Berbasikal Trek 2013 bersambung pada hari ketiga. Sepertimana kelaziman, sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan pagi atlet, jurulatih dan pegawai. Slot pagi juga turut diselitkan dengan sesi senaman pagi. Sesi latihan trek bermula pada jam 8.00 pagi dengan latihan teknik sprint 200m dan teknik team pursuit.
Pada sesi petang, latihan diteruskan dengan teknik team sprint. Pertandingan berbentuk mini game yang diubahsuai iaitu motor pacing juga turut diadakan. Pertandingan ini ialah untuk mengasah para atlet bagi memperkemaskan teknik pecutan.
Sesi malam bermula pada jam 8.00 malam dengan slot bersama ikon. Ikon undangan bagi kem kali ini ialah lagenda basikal negara iaitu Dato Ng Joo Ngan yang berkongsi pengalaman beliau yang bermula pada tahun 1962 dalam sukan berbasikal sebagai atlet dan juga jurulatih. Untuk rekod , beliau merupakan pemenang pingat Emas dan Perak Sukan Asia Bangkok 1970 bagi acara 200km lumba jalanraya dan 200km lumba jalanraya berpasukan. Sesi ini dijalankan secara santai dengan atlet diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada beliau.
Hari ketiga berakhir pada jam 10.30 malam dan akan bersambung pada hari keempat kem.
Sekian, laporan hari ketiga dari Velodrome Cheras.

No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.