Tuesday, March 17, 2015

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN FASA AKHIR 2015 - 2022 / 2023 : HARI PERTAMA (16 MAC 2015)

Bengkel Pelan Pembangunan Sukan  bagi 19 sukan telah pun dijalankan pada 13 - 15 Feb 2015 (Sepaktakraw), 27 - 1 Mac 2015 (Fasa 1) dan 9 - 11 Mac 2015 (Fasa 2) bermula pada bulan Februari yang lalu yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama semua pemegang taruh iaitu Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Sukan Negeri serta Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

Seterusnya merupakan bengkel Fasa Akhir dimana proses penulisan 'Blueprint' bagi sesi pemurnian yang terakhir. Fasa Akhir didahului dengan sukan Badminton serta Akuatik Renang seperti yang berikut :

Sukan Badminton
Tempat : Bilik Serindit, Casa 1, MSNM
Tarikh : 16 - 17 & 19 Mac 2015
Moderator : Tn Hj Zainal Abidin Rawop

Sukan Akuatik Renang 
Tempat : Bilik Merbok, Casa 2, MSNM
Tarikh : 16 - 19 Mac 2015
Moderator : Dr. Eliza Hafiz

Bengkel Fasa Akhir ini hanya melibatkan beberapa ahli penting daripada pemegang taruh utama iaitu wakil dari PSK dan wakil MSN bersama seorang moderator khas. Proses penulisan ini melibatkan penukaran idea-idea pada bengkel yang lalu kepada bentuk penulisan untuk asas kepada pembangunan sukan tersebut di masa akan datang.

hari pertama Fasa Akhir melibatkan perbincangan mengenai bahagian yang pertama iaitu pendahuluan sukan tersebut yang merangkumi pengenalan, peringkat awal pembangunan, program latihan serta analisa SWOT.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Monday, March 16, 2015

LAPORAN HARI KEDUA 1ST LEG SPORT EXCEL NSC-MILO-TM NATIONAL JUNIOR & SENIOR TAEKWONDO CIRCUIT 2015 ( PROGRAM KHAS YOG 2018)

Tarikh   : 15 Mac 2015
Masa    : 8:30 pagi-6:00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Negeri Paroi, Negeri Sembilan

Hari kedua 1st Leg Sport Excel-NSC-MILO-TM  National Junior & Senior Taekwondo Circuit 2015 bermula pada jam 8:30 pagi. Pada Hari ini, 2 orang atlet Program Khas Yog 2018 iaitu Tengku Mohamad Aqil (Welter Weight) dan Mohamad Iman Roif (Fin Weight) turun beraksi bagi kelas berat masing - masing. Berikut merupakan keputusan atlet Program Khas YOG 2018:

Kategori Junior (12-14) - Pusingan kedua

Fin Weight
1. Mohamad Iman Roif (YOG) kalahkan Cycrus Justin ((35-1) mata

Suku Akhir

Fin Weight
1. Mohamad Iman Roif (YOG) menang tanpa bertanding

Welter Weight
1. Tengku Mohamad Aqil (YOG) kalahkan Suren Raj (VIVA) (16-1) mata

Separuh Akhir

Fin Weight
1. Mohamad Iman Roif kalah kepada Mohd Hazim (EXCEL) (8-10) mata - pingat Gangsa

Welter Weight
1. Tengku Mohamad Aqil kalah kepada G.P.H Vinesh (0-2)mata - pingat Gangsa

Secara keseluruhannya pada kejohanan kali ini,atlet Progran Khas YOG 2018 berjaya memperoleh 2 pingat gangsa. 
LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
UNIT KHAS YOG MSN

LAPORAN HARI PERTAMA 1ST LEG NSC-MILO-TM NATIONAL JUNIOR AND SENIOR TAEKWONDO CIRCUIT 2015 (PROGRAM KHAS YOG 2018)

Tarikh    : 14 Mac 2015
Masa    : 8:30 pagi - 9:00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan

Sukan Taekwondo membuka tirai kejohanan pada tahun 2015 dengan penganjuran 1st Leg Sport Excel-NSC-MILO-TM National Junior & Senior Taekwondo Circuit 2015 bermula 14-15 Mac 2015. Pada edisi ini juga, atlet bagi Program Khas YOG 2018 turut menyertai kejohanan ini bagi penglibatan pertama dalam program. Seramai 2 orang atlet wanita mengambil bahagian pada hari pertama kejohanan. Berikut merupakan keputusan atlet Program Khas YOG 2018 :

Pusingan pertama - Kategori Junior (12-14)

Bantam Weight
1. Nur Abilla Atillia (YOG) kalah kepada Zakiah Adnan (MATSA) (5-8) mata.

Feather Weight
2. Siti Sara Wardina (YOG) menang kepada Nurul Arine Najwa (KEL) (18-0) mata

Pusingan kedua
1. Siti Sara Wardina (YOG) kalah kepada Nurul Atirah (MATSA) (2-0) mata.

Esok 15 Mac 2015, 2 orang atlet yang akan bertanding adalah Tengku Mohamad Aqil (Light Weight) dan Mohamad Imam Roif (Bantam Weight).
LAPORAN OLEH
SYAMSUL AFZAN
UNIT KHAS YOG MSN

Wednesday, March 11, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015-2022/2023 FASA II : 10 MAC 2015

TARIKH : 09 - 11 MAC 2015
TEMPAT : PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK, KG PANDAN

Hari kedua diteruskan dengan perbincangan 5 lagi teras strategik utama yang telah ditetapkan yang merangkumi 5 topik utama iaitu Penyertaan dan Kemudahan Latihan, Kejurulatihan dan Pembangunan Program Latihan, Pertandingan, Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat serta Pembangunan Organisasi. 

Teras Strategik 1 : Penyertaan dan Kemudahan Latihan
Melalui topik ini antara beberapa perkara dibincangkan adalah seperti struktur latihan, mod latihan dan juga pusat latihan bagi sukan tersebut berlandaskan keperluan masa kini dan juga di masa akan datang.

Teras Strategik 2 : Kejurulatihan dan Program Pembangunan Latihan
Jurulatih merupakan salah satu pihak yang banyak menyumbang kepada seseorang atlet secara terus. Melalui bengkel ini, struktur kejurulatihan, kriteria pemilihan jurulatih, kursus serta modul yang perlu disertai oleh jurulatih turut dikupas bagi meningkatkan kualiti kejurulatihan di Malaysia atas buah fikiran semua pemegang taruh yang terlibat.

Teras Strategik 3 : Pertandingan
Penyertaan dan pendedahan pertandingan tidak kira dalam atau luar negara adalah amat penting kepada atlet lebih-lebih lagi dalam melahirkan atlet bertaraf dunia yang boleh memenangi pingat di peringkat dunia seperti Temasya Sukan Olimpik. Perbincangan turut melibatkan pertandingan yang perlu disertai dan perlu dikelolakan oleh badan-badan yang terlibat bagi menggalakan persaingan sihat di kalangan atlet dalam negara.

Teras Strategik 4 : Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat
Selain daripada pertandingan, pusat latihan dan jurulatih, atlet itu sendiri adalah salah satu fokus utama yang diperincikan di dalam bengkel Pelan Pembangunan Sukan ini. Antara buah fikiran yang melibatkan topik ini ialah kriteria pemilihan, kategori, kebajikan dan banyak lagi.

Teras Strategik 5 : Pembangunan Organisasi
Pengukuhan peranan dan fungsi pemegang taruh yang terlibat adalah sangat penting bagi merealisasikan misi dan visi bengkel ini. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan sukan itu sendiri tidak kira mana-mana agensi yang terlibat.

Hari kedua ditangguhkan sekitar pada jam 7.00 petang dan disambung semula pada esok hari bagisesi yang terakhir.

Laporan Oleh,
Nency Eve
Unit Khidmat Sokongan
Cawangan Pelapis MSNM

Tuesday, March 10, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015-2022/2023 FASA II : 9 MAC 2015

TARIKH : 09 - 11 MAC 2015
TEMPAT : PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK, KG PANDAN

Bengkel Fasa 2 kali ini merupakan kesinambungan daripada bengkel Pelan Pembangunan Sukan Fasa 1 pada 27 Februari hingga 01 Mac yang lalu yang mana kali ini melibatkan sebanyak 9 lagi sukan iaitu Akuatik (Renang Berirama), Gimnastik Artistik, Hoki (L), Karate, Lawn Bowls, Taekwondo, Tenpin Boling, Tinju dan Wushu. 

Pelaksanaan Fasa 2 juga menyerupai Fasa yang pertama dimana hari pertama telah berlangsung perasmian oleh Dato' Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah MSN yang diteruskan dengan pembentangan oleh Dato' Danyal Balagopal Naib Presiden MOM serta wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala pada sebelah malam dimulakan dengan sesi yang pertama iaitu Pengenalan sukan, analisis SWOT, visi, fasa serta sasaran setiap sukan di bilik kuliah masing-masing. 

Agensi yang sama pada Fasa 1 turut terlibat pada Fasa 2 iaitu MSN, ISN, MOM, KPM, PSK, JPN, MS Negeri, Jurulatih Kebangsaan serta bekas atlet kebangsaan. 

Berikut merupakan senarai moderator bagi setiap sukan :-
1) Akuatik (Renang Irama) - Dr Tengku Fadillah Bt Tengku Kamalden
2) Gimnastik Artistik - Dr. Nur Ikhwan Mohamad
3) Hoki (L) - Dr Hasbullah Ismail
4) Karate - Dr Eliza Hafiz
5) lawn Bowls - En Mustaza Ahmad
6) Taekwondo - En Zainal Abas
7) Tenpin Boling - Tn Hj Zainal Abidin Rawop
8) Tinju - En Izuan Mohd Nor
9) Wushu - Dr Kee Kang Mea

Laporan Oleh,
Nency Eve
Unit Khidmat Sokongan
Cawangan Pelapis MSNM

Monday, March 2, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 – 2022/2023 : 01 MAC 2015

Tarikh : 01 Mac 2015 (Ahad)

Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan

Topik perbincangan yang terakhir iaitu sesi yang keenam teras strategik yang kelima - Pembangunan Organisasi berlangsung pada hari ketiga bengkel. Setelah selesai perbincangan semakan penulisan dibuat oleh setiap moderator sebelum diserahkan kepada urusetia untuk diserahkan kepada Ketua Pengarah MSN.

Majlis penutupan bengkel bermula pada 11.00 pagi dilangsungkan oleh Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN. Blueprint setiap sukan diserahkan kepada KP MSN ketika majlis penutupan ini untuk pemurnian yang seterusnya.

Fasa kedua bengkel akan diadakan pada masa yang terdekat bagi 10 sukan yang seterusnya dengan kerjasama pemegang taruh yang sama. Diharap agar melalui usaha mengadakan bengkel penulisan pelan pembangunan sukan ini dapat memberi kesan yang baik kepada perkembangan sukan di Malaysia.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini dan diharap agar kerjasama erat ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 – 2022/2023 : 28 FEBRUARI 2015

Tarikh : 28 Februari 2015 (Sabtu)

Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan

Setelah perbincangan berkenaan dengan topik Pendahuluan, SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunities, Threats), dan Pelan Pembangunan bagi setiap sukan untuk sesi yang pertama, hari kedua diteruskan dengan sesi 2 hingga sesi 5. Berikut merupakan topik perbincangan hari kedua mengikut sesi :

1) Sesi 2 : Teras Strategik 1 - Penyertaan dan Kemudahan Latihan
2) Sesi 3 : Teras Strategik 2 - Kejurulatihan dan Pembangunan Program Latihan
3) Sesi 4 : Teras Strategik 3 - Pertandingan
4) Sesi 5 - Teras Strategik 4 - Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat

Setiap perbincangan diambil kira bagi merealisasikan pelan pembangunan sukan di Malaysia dengan bantuan moderator khas setiap sukan dan juga reporteur daripada MSNM bagi mencatat segala nota perbincangan untuk dimasukkan dalam pelan tersebut. Penyertaan daripada semua pemegang taruh juga membolehkan permasalahan dan penambahbaikkan dibincangkan dengan telus agar tidak terlepas pandang dengan mana-mana topik berkaitan berdasarkan fungsi agensi masing-masing dalam sukan di Malaysia.

Hari kedua bermula pada pukul 8.30 pagi dan ditangguh pada pukul 7.00 petang dan disambung semula pada 01 Mac 2015.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM