Wednesday, December 21, 2011

Laporan Ringkas Kem Latihan Sesi Conditioning di Cameron Highland


Salam
 
Kem Latihan Sesi Conditioning 2011 Sukan Olahraga Cawangan Pelapis di Tanah Rata, Cameron highland berjalan dengan lancar dari 13 hingga 23 Disember 2011. Atlet dan Jurulatih dari Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan seramai 82 orang terlibat dalam kem ini tidak termasuk 65 atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).  

Penginapan mereka adalah di The Cool Point Hotel dan beberapa apartment telah ditempah dan diuruskan oleh pihak hotel termasuk sajian makanan sebanyak 4 kali sehari. Jadual kem terbagi dari 4 sesi latihan dari 6.45pg -10.30mlm di akhiri dengan kelas motivasi. 

Selepas perhimpunan pagi bergerak ke lokasi latihan bagi warm-up seterusnya endurance training mengikut kumpulan-kumpulan. Manakala atlet jalan kaki telah memulakan latihan dari jam 6.15pagi dengan membuat lebih kurang 15 pusingan di padang bandaran yang jarak 700m bagi setiap pusingan. 

Ujian larian 2.4km telah dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada awal latihan dan pehujung latihan mengikut jadual kem yang telah dirancang. Masa telah diambil dan penilaian akan dibuat oleh jurulatih mengikut acara masing-masing. Latihan teknikal juga di lakukan dalam sesi latihan sebelah petang. 

Disamping itu jurulatih-jurulatih telah mengambil peluang untuk membuat perjumpaan beberapa sesi di sebelah malam bagi membincang mengenai kem, perancangan 2012 (periodisasi, kriteria) serta penambahbaikan program yang diketuai oleh En. Mohd Manshahar Hj. Abd. Jalil.
 
Sehingga hari ini (21Dis) jurulatih-jurulatih telah memberi maklumbalas yang baik sepanjang kem latihan ini berlansung walaupun beberapa atlet demam selsema akibat dari perubahan cuaca. Mereka telah segera dihantar ke hospital berdekatan untuk perubatan. 
 
Pihak hotel juga akan membuat jamuan makan malam barbeque pada hari terakhir kem iaitu pada 22 Disember sebagai tanda terima kasih diatas sokongan diberikan.
 
Laporan disediakan oleh:
Mohd Razib Yahya
Pengurus Sukan

Saturday, December 17, 2011

Laporan kejohanan track asia cup malaysia round









Laporan hari kedua kejohanan track asia cup malaysia round 2011

Keputusan hari ini pasukan malaysia telah berjaya memenangi 1 pingat emas melalui muhd arfy qhairant didalam acara sprint men junior, 1 pingat perak melalui sofian nabil omar mohd bakri acara point race men junior dan muhd hamdan hamidun memperolehi pingat gangsa bagi acara individu pursuit men junior.

Hari ini perlumbaan di mulakan pada jam 8.00 pagi dan terpaksa ditangguhkan selama sejam akibat hujan pada jam 4.00 petang dan disambung semula sehingga jam 8.30 malam.

Berikut adalah keputusan yang melibatkan pelumba malaysia

Sprint men junior
1. Muhd arfy qhairant amran
2. Wu lok chun- hong kong
3. Kapunya worawut-thailand

Individual pursuit men junior
1. Leung chun wing- hong kong 3:40.182
2. Fedrov ruslan- uzbekistan 3:42.194
3.hamdan hamidun- malaysia 3:48.194

Point race men junior final
1. Leung chung wing- hong kong
2. Sofian nabil omar mohd bakri- malaysia
3. Fedrov ruslan- uzbekistan
4. Yordsuwan setthawut- thailand
5. Mohd faiz izuddin omar- serantau ipoh
6. Esmaelzadeh darius- iran
7. Ahmad fahmi ahmad fuat- aszu

Point race junior women
1. Yang qianyu- hong kong
2. Chumlue jariya- thailand
3. Okhvat aleksandra- uzbekistan
4. Nurul nadia muhd fauzi- serantau ipoh

Omnium men elit
Standing after 3 events
1.kwok ho ting marco
2. Mori kazihiro-japan
3. Nishitani taiji- japan
8. Amirul anuar jafri
11. Mohd ekbar damanhuri

Individual pursuit women elit
1. Wong wan yiu jamie- hong kong
2. Uwano minami- japan
3. Drobishea olga- uzbekistan
4. Nurul sakinah- malaysia

Individual pursuit junior women
1. Leung bo yee- hong kong
2. Chumlue jariya-thailand
3. Okhvat aleksandra- uzbekistan
4. Nurul nadia mohd fauzi- malaysia

Sprint junior women
1. Leung bo yee- hong kong
2. Prombot apinya- thailand
3. Talebisomeehsarafi- iran
4. Lauretta eva adrian- malaysia

Sprint men elit
1. Mahmoud parash- iran
2. Ali askari- iran
3. Wada makuru- japan
5. Muhd fattah amri zaid
8. Mohd fakharuddin dawod

Sprint women elit
1. Lee wai sze- hong kong
2.huang ting ying- chinese taipei
3. Ishi hiroko- japan
7.ju pha som net

Esok pelumbaan yang melibatkan pelumba malaysia

Team sprint men final
Malaysia vs iran
Mohd fattah amri zaid
Mohd fakharuddin dawod
Mohd farhan amri zaid

Kerin men elit final
Muhd fattah amri zaid
Mohd fakhruddin dawod

Keirin men junior
Muhd arfy qhairant
Mohd fauzan nor azman
Malek marcus

Keirin women junior
Lauretta eva adrian
Ummi hamimah

Omnium individual pursuit dan scratch
Mohd ekbar damanhuri
Amirul anuar jafri

Sekian.
Laporan di sediakan oleh:
AZRAIN

Friday, December 16, 2011

ACC TRACK CYCLING 2011: LAPORAN HARIAN






Laporan hari pertama 16/12/2011

Hari ini perlumbaan bermula pada jam 8.00 pagi yang mana jadual asal bermula pada jam 9.00 pagi bagi mengelak cuaca yang tidak menentu.
Perlumbaan terpaksa diberhentikan pada jam 4.00 petang setelah hujan mulai turun pada jam 2.30 petang dan akan dismbung semula pada keesokkan pada jam 8.00 pagi.

Pasukan malaysia memperolehi 2 pingat gangsa melalui acara 1km ujian masa kategori lelaki elit dan junior.

Berikut adalah keputusan yang melibatkan pelumba malaysia,serantau ipoh,aszu dan negeri:

1km time trial men elit
Gold- parash mohamad - iran 1:06,899
Silver- inake kenta - japan 1:08.013
Bronze- mohd fakharuddin dawod - malaysia 1:10,106

1km time trial men junior
Gold- sanikwathi thanawut- thailand 1: 08.417
Silver- wu lok chun- hong kong- 1:10.115
Bronze- muhd arfy qhairant- malaysia- 1:10.115

500 m time trial women elit
Gold- lee wai tze- hong kong -35.169
Silver- maeda kayano- japan- 36.330
Bronze- abbasi atoosa- iran- 38.224
4. J upha som net- malaysia- 38.994

500m time trial junior women
1. Talebisomeehsrei reinah- iran 39.894
2. Yang qianyu- hong kong- 40.033
3. Promboot apinya- thailand- 40.971
4. Lauretta eva adrian- malaysia- 41.223
5.ummi hamimah- serantau ipoh- 42.186

Individual pursuit men elit
1. Nishithani taiji- japan- 4:48.090
2. Cheung king lok- hong kong- 4:52.803
3. Jannat hamed- iran- 4:54.981
4. Tuchiev vladimir- uzbekistan- 4:55.197
5. Kuzin sergey- kazakstan 5:00.743
6. Wan shazwan wan sharil- malaysia- 5:06.554

Individual pursuit women elit
1. Uwano mimani- japan4:03.373
2. Wong wan yiu jamie- hong kong- 4:05.472
3. Drobishea olga- uzbekistan- 4:14.926
4. Nurul syakinah abd karim-malaysia- 4:18.384
5. Sharifi rogyayeh- iran-4;23.403
6. Chan dnash- singapore- 4:23.494

Nurul syakinah layak penentuan tempat ketiga dan keempat.

Individul pursuit junior men
1. Leung chung wing - hong kong- 3:38.900
2. Feddrov ruslan- uzbekistan- 3:41.853
3. Hamdan hamidun- malaysia- 3:47.406
4. Esmaeilzadeh darius- iran- 3:49.960
5. Seehabuntong poompat- thailand- 3:52.844
6.muhd firdaus suardi-serantau ipoh- 3:54.829
7. Ahamad firdaus abd karim-aszu- 4:02.589

Hamdan hamidun layak penentuan pingat gangsa

Individual pursuit junior women
1. Leung bo ye- hong kong- 2:43.432
2. Chumlue jariya- thailand- 2:51.309
3. Okhvat aleksndara- uzbekistan- 2:53.021
4. Nurul nadia mohd fauzi- serantau ipoh- 2:57.133
5. Bargezar behnossh- iran- 3:01.982

Nurul nadia layak penentuan pingat gangsa.

Omnium ( flying lap)
1. Mori kazuhori- japan- 11.123
2. Nishitani taiji- japan- 11.154
3. Wu po hung-chinese taipei-11.115
8. Mohd ekbar damanhuri- malaysia- 11.663
10. Amirul anuar jafri- malaysia- 11.769.

Esok pelumbaan melibatkan pelumba malaysia,serantau ipoh dan aszu

Sprint 200m qualifying men elit
Mohd fattah amri zaid
Muhd fakhruddin dawod

Sprint 200m qualifying men junior
Muhd arfy qhairant
Malek marcu
Muhd fauzan nor azman

Sprint 200m qualifying elit women
1. Ju pha som net
2. Zahrah anuar

Sprint 200m semi final 
Lauretta eva adrian

Team sprint men elit
Mohd fattah amri zaid
Muhd fakharuddin dawod
Mohd farhan amri zaid


Point race men junior final
Sofian nabil omar mohd bakri
Muhd faiz izuddin
Ahamd fahmi ahmat fuat

Point race wanita junior
Nurul nadia mohd fauzi

Keirin men elit 1st round
Mohd fattah amri zaid
Muhd fakharuddin dawod.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
Azrain

Laporan kejohanan Track Asia Cup Malaysia






Tarikh: 16-19 Disember 2011
Tempat: Velodrom Cheras

Sebanyak 12 pasukan menyertai Kejohanan Track Asia Cup Malaysia Round

Pasukan yang menyertai:

1. Malaysia
2. Japan
3.kazakstan
4.uzbekistan
5. Chinese taipei
6.singapore
7.hong kong
8.thailand
9.iran
10.indonesia
11. Serantau ipoh
12. Serantau penang

Esok pelumbaan yang melibatkan pelumba malaysia

Individual pursuit junior lelaki
1. Hamdan hamidun ( malaysia)
2. Mohd firdaus suardi ( serantau ipoh)
3. Mohd firdaus karim (serantau penang)

Individual pursuit junior wanita
1. Nurul nadia mohd fauzi ( serantau ipoh)

500m time trial wanita elit final
1. Ju pha som net ( malaysia)

500 m time trial wanita junior final
1. Lauretta eva adrian ( malaysia)
2. Ummi hamimah mohd ( serantau ipoh)

1km time trial lelaki elit final
1. Mohd fakhruddin dawod ( malaysia)

1km time trial lelaki junior final
1. Muhd arfy qhairant ( malaysia)

Team pursuit lelaki elit
1. Amirul anuar
2. Rashid ibrahim
3. Mohd ekbar damannhuri
4. Wan shazwan

Omnium lelaki elit
1. Mohd ekbar
2. Amirul anuar

Pasukan malaysia bagi kategori elit dan junior adalah terdiri daripada
atlet- atlet di bawah program pelapis kebangsaan,serantau ipoh,aszu
dan negeri

Berikut adalah senarai nama atlet malaysia

1. Mohd fakruddin dawod - pelapis kebangsaan
2. Mohd fattah amri zaid - pelapis kebangsaan
3. Mohd farhan amri zaid- pelapis kebangsaan
4. Ju pha som net - pelapis kebangsaan
5. Ummi hamimah- pelapis kebangsaan
6. Lauretta eva adrian- pelapis kebangsaan
7. Nurul nadia mohd fauzi- pelapis kebangsaan
9. Amirul anuar jafri-pelapis kebangsaan
10. Wan shazwan afiq- pelapis kebangsaan
11. Mohd ekbar damanhuri- serantau ipoh
12. Mohd faiz izuddin omar- serantau ipoh
13.mohd fauzan nor azman- serantau ipoh
14. Sofian nabil omar mohd bakri- - pelapis kebangsaan
15. Mohd firdaus suardi- serantau ipoh
16.mohd firdaus karim- aszu
17. Mohd fahmi ahmad fuat- aszu
18.rashid ibrahim- aszu
19. Malek marcus - selangor
20. Muhd arfy qhairant amran- pelapis kebangsaan
21. Zahrah anuar- terengganu
22. Nur Ain mahmood- terengganu
23.nurul syakinah karim-johor

Jurulatih
1. Suod hussin- pelapis kebangsaan
2. Junaidi nasir- pelapis kebangsaan
3. Eddi norshamsidie- aszu
4. Jamaluddin omar- serantau ipoh
5. Fendi abdullah- perlis
6. Mahazir hamad- selangor
7. Mustaqim abd kadir- mekanik
8. Mohd zaki-mekanik

Sekian.
Azrain

LAPORAN HARIAN PASUKAN MEMANAH PELAPIS

LAPORAN HARIAN

PENYERTAAN KE KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 3, 2011.
KOTA KINABALU, SABAH

KEKUATAN PASUKAN : 11 ATLET (7 PK / 4 PS), 2 J/LATIH & 1 PENGURUS.
VENUE : LAPANGSASAR MEMANAH SAA, LIKAS
PENGINAPAN : SHANGRI LA HOTEL, KOTA KINABALU

Hari 1 : 12 Dec 2011 (Isnin)

Berlepas ke Kota Kinabalu dengan pesawat Airasia tepat jam 10.00 pagi.
Tiba di KK jam 12.30 t/hari terus ke Shangri La Hotel. Taklimat
pasukan diadakan jam 3 ptg.

Hari 2 : 13 Dec 2011(Selasa)

Latihan penyesuaian dilakukan di lapangsasar memanah SAA, Likas
bermula jam 8.00 pg dan tamat jam 12.30 t/hari. Cuaca kurang baik hari
ini - hujan lebat dan angin kencang. keadaan padang yang becak dan
berlumpur menyebabkan pihak penganjur mengambil keputusan memindahkan
venue kejohanan ke padang ragbi yang terletak bersebelahan.

Taklimat pasukan diadakan jam 8.00 mlm bagi menerangkan jadual
kejohanan, pergerakan dan sasaran.

Hari 3 : 14 Dec 2011 (Rabu)

Pasukan bergerak ke venue jam 7.00 pg dan sighters dijalankan tepat
jam 8.30 pg. Tackle inspection dibuat jam 10.30 pg. Mesyuarat pengurus
pasukan jam 11.15 pg.

Atlet menamatkan sighters jam 12.30 t/hari dan pulang ke penginapan.

Upacara perasmian pembukaan diadakan jam 3.00 ptg oleh Dato' Peter
Pang. Pasukan pulang ke penginapan jam 5.50 ptg.

Taklimat pasukan diadakan jam 8.00 mlm.

Hari 4 : 15 Dec 2011 (Khamis)

Pasukan lelaki yang terdiri daripada 7 atlet PK bertanding di sesi
pagi bergerak ke venua jam 6.30 pg. Pertandingan hari ini acara Single
FITA pusingan kelayakan jarak 90m & 70m jam 7.45 pg.

Pertandingan berjalan dlm cuaca yang baik dgn angin sederhana.

Pertandingan sesi pagi tamat jam 11.45 pg. Keputusan pertandingan
adalah seperti berikut :

No.                 Nama atlet                       90m            70m

1.  Mohd Faris Haziq                            254/21         309/6
2.  Atiq Bazil Bakri                               266/17         308/9
3.  Mohd Firdaus Ishak                         274/11         291/20
4.  Syafiq Izzuddin Sulaiman                 270/13         291/21
5.  Mohd Alif Adha Hassan                   253/22         286/24
6.  Nazir Omar                                    281/6           285/26
7.  Hezriq Ahmad Merana                    230/32         272/31

Atlet wanita yang terdiri daripada 4 atlet PS memulakan pertandingan
acara Single FITA jarak 70m & 60m tepat jam 1.30 ptg dan tamat jam
5.00. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

No.                Nama atlet                       70m          60m

1.  Siti Rasyidah Kamar Basah             283/2         299/2
2.  Farah Amalina Azhar                      278/3          295/3
3.  Adibah Tajuddin                              259/7         284/5
4.  Siti Nor Hatika Ibrahim                    212/7          251/14

Ulasan :

1. Pencapaian atlet2 PK secara keseluruhannya amat mendukacitakan.
Tiada alasan yang dapat saya berikan setakat ini kerana mereka
seharusnya mampu melakukan lebih baik berdasarkan persediaan rapi yang
dibuat sebelum ke kejohanan ini. Malah kita telah memberikan layanan
terbaik serta keselesaan kepada mereka sebaik tiba di Kota Kinabalu.

2. Pencapaian atlet wanita agak baik dengan kejayaan 2 pingat perak
dan 2 gangsa pada hari pertama melalui Siti Rasyidah & Farah Amalina.
Walau bagaimanapun Siti Nor Hatika dilihat menghadapi sedikit masalah
dalam mengawal bow dan agak terburu2.

3. Hezriq Ahmad Merana yang diberi peluang meningkatkan prestasi dalam
tempoh 6 bulan dilihat tidak menunjukkan perubahan.

4. Esok akan berlangsung acara Single FITA jarak 50m & 30m. Diharap
atlet2 ini mampu bengkit memperbaiki kedudukan sebelum memulakan acara
Olympic Round lusa.

Sekian.
A. Rahimi

Thursday, December 15, 2011

Laporan Kem Latihan Sesi Conditioning 2011 - Sukan Olahraga Pelapis

Laporan ringkas kem latihan sesi conditioning 2011 sukan olahraga
cawangan pelapis

Seramai 62 atlet dan 19 jurulatih sukan olahraga cawangan pelapis
terlibat dalam kem latihan sesi conditioning 2011 bertempat di Tanah
Rata, Cameron Highland, Pahang dari 13 - 23 Disember 2011.

Atlet yang terlibat adalah dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis
Serantau (Selatan, Bkt. Mertajam, SAAS dan Bandar Penawar). Penginapan
dan sajian telah diuruskan oleh pihak The Cool Point Hotel dan Apalela
Apartment. Seramai 6 atlet olahraga dari Medan juga turut serta dalam
kem latihan ini.

Sesi pagi telah bermula dari pukul 6.45 pagi dengan berkumpul di hotel
dan bergerak ke padang latihan yang hanya 200 meter dari hotel.
Setelah sesi warm-up selama 30 minit mereka telah berpecah kepada
beberapa kumpulan mengikut jurulatih-jurulatih masing-masing.

Setiap hari terdapat 4 sesi latihan mengikut jadual yang telah
disediakan oleh jurulatih.

Keseluruhan pada sesi hari pertama hari berjalan lancar dan baik serta
perjumpaan jurulatih telah diadakan bagi membincang perkara mengenai
kem ini.


Mohd Razib Yahya
Pengurus Sukan
Pelapis Kebangsaan