Wednesday, December 21, 2011

Laporan Ringkas Kem Latihan Sesi Conditioning di Cameron Highland


Salam
 
Kem Latihan Sesi Conditioning 2011 Sukan Olahraga Cawangan Pelapis di Tanah Rata, Cameron highland berjalan dengan lancar dari 13 hingga 23 Disember 2011. Atlet dan Jurulatih dari Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan seramai 82 orang terlibat dalam kem ini tidak termasuk 65 atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).  

Penginapan mereka adalah di The Cool Point Hotel dan beberapa apartment telah ditempah dan diuruskan oleh pihak hotel termasuk sajian makanan sebanyak 4 kali sehari. Jadual kem terbagi dari 4 sesi latihan dari 6.45pg -10.30mlm di akhiri dengan kelas motivasi. 

Selepas perhimpunan pagi bergerak ke lokasi latihan bagi warm-up seterusnya endurance training mengikut kumpulan-kumpulan. Manakala atlet jalan kaki telah memulakan latihan dari jam 6.15pagi dengan membuat lebih kurang 15 pusingan di padang bandaran yang jarak 700m bagi setiap pusingan. 

Ujian larian 2.4km telah dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada awal latihan dan pehujung latihan mengikut jadual kem yang telah dirancang. Masa telah diambil dan penilaian akan dibuat oleh jurulatih mengikut acara masing-masing. Latihan teknikal juga di lakukan dalam sesi latihan sebelah petang. 

Disamping itu jurulatih-jurulatih telah mengambil peluang untuk membuat perjumpaan beberapa sesi di sebelah malam bagi membincang mengenai kem, perancangan 2012 (periodisasi, kriteria) serta penambahbaikan program yang diketuai oleh En. Mohd Manshahar Hj. Abd. Jalil.
 
Sehingga hari ini (21Dis) jurulatih-jurulatih telah memberi maklumbalas yang baik sepanjang kem latihan ini berlansung walaupun beberapa atlet demam selsema akibat dari perubahan cuaca. Mereka telah segera dihantar ke hospital berdekatan untuk perubatan. 
 
Pihak hotel juga akan membuat jamuan makan malam barbeque pada hari terakhir kem iaitu pada 22 Disember sebagai tanda terima kasih diatas sokongan diberikan.
 
Laporan disediakan oleh:
Mohd Razib Yahya
Pengurus Sukan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.