Thursday, December 15, 2011

Laporan Kem Latihan Sesi Conditioning 2011 - Sukan Olahraga Pelapis

Laporan ringkas kem latihan sesi conditioning 2011 sukan olahraga
cawangan pelapis

Seramai 62 atlet dan 19 jurulatih sukan olahraga cawangan pelapis
terlibat dalam kem latihan sesi conditioning 2011 bertempat di Tanah
Rata, Cameron Highland, Pahang dari 13 - 23 Disember 2011.

Atlet yang terlibat adalah dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis
Serantau (Selatan, Bkt. Mertajam, SAAS dan Bandar Penawar). Penginapan
dan sajian telah diuruskan oleh pihak The Cool Point Hotel dan Apalela
Apartment. Seramai 6 atlet olahraga dari Medan juga turut serta dalam
kem latihan ini.

Sesi pagi telah bermula dari pukul 6.45 pagi dengan berkumpul di hotel
dan bergerak ke padang latihan yang hanya 200 meter dari hotel.
Setelah sesi warm-up selama 30 minit mereka telah berpecah kepada
beberapa kumpulan mengikut jurulatih-jurulatih masing-masing.

Setiap hari terdapat 4 sesi latihan mengikut jadual yang telah
disediakan oleh jurulatih.

Keseluruhan pada sesi hari pertama hari berjalan lancar dan baik serta
perjumpaan jurulatih telah diadakan bagi membincang perkara mengenai
kem ini.


Mohd Razib Yahya
Pengurus Sukan
Pelapis Kebangsaan

1 comment:

  1. Seronok melihat atlet2 pelapis berlatih, main bola, sayangnya trip latihan kami cuma seminggu ..... apapun semoga para atlet pelapis ini dapat harumkan nama negara di mata dunia............

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.