Thursday, December 29, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

The Devonport Athletic Club, Devonport merupakan venue perlumbaan untuk hari ketiga dan juga keempat. Perlumbaan hari ketiga bermula jam 3.30 petang waktu tempatan.

Mohd Firdaus Zonis memulakan hari cemerlang pasukan Malaysia dengan memenangi tempat kedua acara "Junior Division 1 Grade A Scratch" manakala Muhd Afiq Huznie ditempat keempat. Didalam acara "Women's Handicap 1km", pelumba tunggal negara, Nor Azian berjaya menduduki tempat ketiga sekaligus mencipta sejarah pelumba junior wanita pertama negara yang berjaya didalam acara akhir didalam kejohanan ini.

Mohamad Fakhruddin Dawod hanya berjaya menduduki tempat kelima dikalangan 15 pelumba didalam acara "Men's Handicap 1km". Walau bagaimanapun, beliau berjaya menebus kehampaan dengan menduduki tempat ketiga didalam acara "Men's Grade B Scratch". Didalam acara yang sama, seorang lagi pelumba negara, Hamdan Hamidun telah berjaya menduduki tempat kedua.

Acara terakhir untuk hari ketiga bagi pelumba negara iaitu "Men's Handicap Scratch 2km" dimana sekali lagi Hamdan Hamidun berjaya menduduki tempat keempat dan kesembilan bagi Mohamad Fakhruddin Dawod. Secara keseluruhannya prestasi pelumba-pelumba negara semakin meningkat pada hari ketiga perlumbaan berbanding dua hari sebelumnya. Perlumbaan hari keempat akan dijalankan di venue yang sama bermula jam 3.30 petang waktu tempatan.

Sekian laporan dari Tasmania.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.