Tuesday, December 27, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

Hari pertama perlumbaan dijalankan di Latrobe Bicycle Race Club, Recreation Ground, Latrobe. Perlumbaan bermula tepat jam 2 petang dimana pelumba- pelumba lelaki negara telah menyertai acara scratch bawah 17 tahun dan senior, 2km bawah 17 tahun dan senior, 3km senior dan juga 5km. Manakala pelumba tunggal wanita telah menyertai acara 1km, 2km dan 3km (Gred B).

Bagi acara scratch bawah 17 tahun, Muhd Afiq Huznie telah dinafikan tempat kedua kerana telah menggunakan gear yang salah bagi acara tersebut. Walau bagaimanapun, kehampaan Muhd Afiq terbalas apabila berjaya menduduki tempat ketiga didalam acara 2km bawah 17 tahun.

Pelumba-pelumba lain agak tidak bernasib baik didalam acara final masing-masing cuma pencapaian terbaik datang dari Hamdan Hamidun yang berjaya menduduki tempat keempat didalam acara 5km.

Keseluruhan pencapaian pelumba-pelumba negara ditahap yang membanggakan kerana saingan yang diterima daripada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman dan ternama diperingkat antarabangsa yang juga merupakan juara dunia, juara dunia remaja, pelumba kelab profesional dan juga pelumba-pelumba yang mewakili negara ke peringkat olimpik seperti Simon Van Velthoven (NZ), Franco Marvulli (Switzerland), Alexander Serov dan Ivan Kovalev (Russia) dan juga Nishitani Taiji (Jepun)

Perlumbaan hari kedua akan dilangsungkan di velodrom tertutup di Launceston. Sekian laporan dari Ulverstone,Tasmania.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.