
Thursday, March 22, 2012
Keputusan SPM 2011

Kursus Peningkatan Prestasi Kakitangan USPTN : Hari kedua
21 Mac 2012 : Hari kedua kursus bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran semua peserta yang penuh semangat dan masing-masing telah bersedia untuk menerima ilmu yg baru dan akan memberi manfaat pada mereka. Pada sesi kali ini, pihak urusetia telah menjemput seorang penceramah yang pakar dalam bidang penyampaian berhubung integriti dan juga motivasi. Beliau adalah Dr Celemens yang merupakan Pegawai Kanan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mempunyai kelayakan akademik iaitu PHD dalam bidang kajian fizik manusia. Sesi beliau dimulakan dengan aktiviti berikut :
8.30-10.15 pg: Integriti membentuk pencapaian kerjaya yang lebih cemerlang.
10.30 - 12.45tgh : Tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
2.00- 4.00 : Mengenal potensi diri sendiri
4.30 - 6.30 : Peningkatan kendiri.
Pada sesi beliau, banyak maklumat-maklumat dapatkan disalurkan dengan lebih jelas dan berkaitan dengan kerja hakiki yang diamanahkan kepada semua peserta. Terlalu banyak manfaat dan kebaikan dan telah dipelajari semasa sesi tersebut. Di harap proses pembelajaran akan berterusan walaupun selepas tamat kursus.
Program malam pula diteruskan pada jam 9.00 malam dengan kehadiran En Meor Shariman, Ketua Unit USPTN Perak, yang dijemput khas bagi berkongsi maklumat tentang Pelaksanaan Program Pelapis. Objektif utama adalah supaya kakitangan /anggota USPTN tahu apa yang berlaku walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam pemantauan program latihan. Dengan adanya info-info begini, mereka akan sedar ttg kepentingan Program Pelapis untuk sukan negara serta negeri.
Program hari kedua tamat pada jam 10.30 mlm. Terima kasih buat penceramah jemputan yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan program-program lain.
Sekian laporan.
-Rashleen-
Hari Ketiga Kem Atlet Pelapis Serantau 2012
Tarikh. :21 Mac 2012 (Rabu)
Masa :7:00 am - 10:00 pm
Tempat:Kompleks Rakan Muda Sukan
Air Rompin,Pahang
Hari ketiga kem bermula dengan perhimpunan pagi di perkarangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air,Rompin Pahang yang mana sesi taklimat berkaitan program yang akan dilaksanakan sepanjang hari tersebut. Bermula jam 7.30 pagi, atlet dibawa ke dewan kompleks untuk aktiviti senamrobik. Setelah tamat pada jam 8.30 pagi, atlet di arahkan ke kawasan perkemahan untuk membersihkan kawasan tersebut. Jam 9.00 pagi,atlet menikmati sarapan dan diteruskan dengan aktiviti rekreasi iaitu 'abseiling,orienteering dan aktiviti kolam'. Aktiviti ini adalah lanjutan daripada aktiviti rekreasi hari kedua. Pada jam 12.00 tengahari,aktiviti rekreasi tamat dan atlet diminta untuk membersihkan kawasan-kawasan persekitaran yang telah diguna pakai. Jam 1 petang,atlet bersiap untuk pulang ke asrama.Bagi sesi petang, jurulatih mengambil alih untuk latihan setiap sukan. Antara latihan yang terlibat pada sesi petang adalah berbasikal,tinju dan olahraga manakala latihan sukan Angkat berat bermula jam 8.30 mlm hingga 10.00 mlm.
Wednesday, March 21, 2012
Hari Kedua Kem Atlet Pelapis Serantau 2012
Tarikh :20 Mac 2012
Masa : 6.45 am-11.00 pm
Tempat :Komplek Rakan Muda Sukan
Air Rompin Pahang
Hari kedua kem bermula dengan perhimpunan atlet di perkarangan Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan Majlis Sukan Negara Rompin, Pahang. Sesi perhimpunan ini di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta senamrobik. Setelah tamat,atlet menikmati makan pagi dan bertolak ke Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang untuk aktiviti seterusnya. Di sana,atlet dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada sukan dan pusat latihan yang berlainan.Kemudian, pihak jurulatih rekreasi memberi penerangan aktiviti yang akan berlangsung. Setelah selesai,kumpulan atlet diberi tugasan yang pertama iaitu membina khemah sebagai persiapan untuk bermalam di kawasan hutan.Antara aktiviti lain yang dijalankan pada sesi petang adalah 'orienteering,abseiling dan aktiviti kolam' . Tujuan aktiviti rekreasi ini dilaksanakan adalah untuk membentuk semangat jati diri atlet dan membentuk semangat sepasukan.Pada sesi malam bermula jam 8 , atlet melakukan aktiviti berkumpulan dan perkemahan.
Syamsul afzan
Rompin
Kursus Peningkatan Prestasi Kakitangan/Anggota USPTN : Laporan Hari Pertama 20 Mac 2012
Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia pada julung kalinya menganjurkan Kurus Peningkatan Prestasi Kakitangan /Anggota Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN), yang melibatkan Pembantu Tadbir (PT) dan Pembantu Am Pejabat (PAP) bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan dalam proses kerja harian di setiap negeri. Kursus ini melibatkan aspek-aspek kerja hakiki yang dijalankan dan juga peningkatan kendiri sebagai penjawat awam yang telah dilantik oleh pihak Majlis. Maklumat kursus adalah seperti berikut : -
TARIKH : 20-23 MAC 2012
TEMPAT :THE REGENCY, TANJUNG TUAN BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
KEHADIRAN : 28 orang peserta
Pada hari pertama kursus, semua peserta memulakan perjalanan dari Majlis Sukan Negara dan melapor diri pada jam 1 tghari serta sesi taklimat tentang perjalanan program dari pihak urusetia dimulakan pada jam 2 ptg. Pada jam 2.30 ptg, ketibaan Tuan Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri Ngadirin untuk memberi sedikit ucaptama sekaligus merasmikan kursus kali ini dan diiringi oleh Ketua Unit Pelapis, En Mohd Yazid Shoib.
Untuk sesi berikutnya, bermula pada jam 4.30 -6.30 ptg untuk program ice breaking dan aktiviti kumpulan seterusnya bersambung pada sesi malam bermula pada jam 8.30-10.30. Walaupun keletihan kerana perjalanan yg jauh dari negeri masing-masing ke venue namun semua peserta masih ceria dan penuh semangat meneruskan aktiviti yang telah dirangka. Program tamat pada jam 10.30 mlm untuk minum malam dan hari kedua akan bermula esok jam 8.30 pagi.
Sekian, laporan dari The Regency..
-Rashleen-
Tuesday, March 20, 2012
Hari Pertama Kem Atlet Pelapis Serantau 2012
Masa. : 8.00 pm-10.30 pm
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat
Kebangsaan,Majlis Sukan
Negara,Rompin Pahang.
Hari pertama Kem Atlet Pelapis Serantau bermula jam 8.00 mlm dengan program ice breaking yang mana program ini bertujuan sebagai perkenalan kem dan membentuk keserasian di kalangan atlet .
Sekian. laporan dari Rompin Pahang
Kem Atlet Pelapis Serantau 2012
Jefri Ngadirin
Pengarah
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com/
http://www.facebook.com/PelapisFutureChampions






































