Tuesday, September 17, 2013
Kejohanan Lumba Basikal Open Perlis 2013
Friday, September 13, 2013
Mesyuarat KUN 02/2013
Thursday, September 5, 2013
Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2013
Sekian.
Monday, September 2, 2013
MESYUARAT PENILAIAN PRESTASI ATLET PROGRAM PELAPIS SERANTAU, MSNM 2013
Masa : 3:30 pm - 10:00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Vistana
Hotel, Pulau Pinang
Seramai 14 jurulatih dari Program Pelapis Serantau telah hadir mengikuti Mesyuarat Penilaian Prestasi Atlet Program Pelapis Serantau yang mana melibatkan 6 jenis sukan iaitu sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Olahraga, Taekwondo dan Tinju. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan menilai prestasi atlet bagi setengah tahun pertama yang mana turut melibatkan disiplin atlet, cadangan penambahbaikan sukan dan sebagainya. Mesyuarat bermula pada jam 3:30 pm yang mana ucapan aluan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Megat dan seterusnya bersambung pembentangan bagi sukan Taekwondo, Memanah dan Tinju. Pada sesi malam, mesyuarat ini di meriahkan dengan kehadiran Pengarah Cawangan Pelapis iaitu En. Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Cawangan Pelapis. En. Jefri turut membincangkan hala tuju program yang mana penumpuan lebih tertumpu kepada pemilihan atlet, pembentukan program ke arah Temasya Sukan Remaja bagi tahun seterusnya. Mesyuarat tamat pada jam 10:00 pm dan bersambung pada esok hari bagi pembentangan sukan Angkat Berat, Olahraga dan Berbasikal.
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, August 25, 2013
LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KAKI KE-2, NANJING CHINA
Sekitar Upacara Penutup Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 di Nanjing, China. Edisi kali ke-3 akan berlangsung pada tahun 2017 di Hambantota, Sri Lanka.
Saturday, August 24, 2013
LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA
Hari terakhir pertandingan di Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 di bumi Nanjing ini dimana hanya tinggal dua sukan sahaja yang menjadi harapan kontinjen negara iaitu skuasy dan juga renang.
Di arena skuasy acara berkumpulan wanita dimana pasukan negara bertemu pasukan daripda Hong Kong. Pasukan negara yang diwakili oleh Vanessa Raj, Celine Yeap dan juga Rachel Arnold tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan cabaran pasukan Hong Kong dengan keputusan 2-0. Pingat emas kedua bagi Vanessa Raj selepas menjuarai acara perseorangan wanita dan kedua untuk sukan skuasy.
Jam 3.30 petang waktu tempatan pasukan lelaki negara yang diwakili oleh Ng Eain Yow, Mohd Syafiq dan juga Darren Chan terpaksa berhempas pulas sebelum memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1. Wira pasukan ialah Darren Chan apabila memenangi perlawanan ketiga selepas kedua-dua negara terikat dengan keputusan 1-1. Dua kali lagu negaraku berkumandang di Nanjing Olympic Sports Center Natatorium menandakan tamatnya pertandingan skuasy bagi temasya edisi kedua ini.
Acara di kolam renang menyaksikan perenang negara bertanding didalam acara saringan dan juga akhir pada hari terakhir pertandingan. Phee Jinq En dan Nadia Adrianna bertanding didalam acara 200m kuak dada dan Nadia layak untuk ke final bagi acara tersebut. Didalam acara final beliau hanya berjaya menduduki tempat keenam. Wong Fu Kang telah bertanding didalam acara akhir 200m kuak dada dan telah berjaya memenangi pingat gangsa. Didalam acara 100m kuak bebas Lim Ching Hwang hanya berjaya mendapat pingat perak walaupun sasaran beliau bagi mendapatkan pingat emas kedua bagi dirinya.
Secara keseluruhan kontinjen negara telah memungut 4 pingat emas, 6 perak dan 7 gangsa meletakan Malaysia ditangga kelapan secara keseluruhan. Pencapaian atlet negara di temasya kali ini boleh dikatakan baik kerana ianya merupakan kali pertama negara menyertai temasya sebegini selepas edisi pertama pada tahun 2009 yang hanya melibatkan dua sukan sahaja kerana wabak H1N1. Pasukan skuasy dan renang akan bertolak pulang ke Malaysia esok hari pada jam 8.35 pagi waktu tempatan.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China.
Friday, August 23, 2013
LAPORAN HAEIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA
Hari kesepuluh di Nanjing menyaksikan atlet negara berjaya membuat penambahan pingat didalam beberapa acara. Di arena skuasy bagi acara berkumpulan wanita, pasukan negara melalui Vanessa Raj, Celine Yap dan juga Rachael Arnold berjaya mengenepikan cabaran pasukan Independence Olympic Athlete (AOI) dengan keputusan 2-0. Didalam acara berkumpulan lelaki pasukan negara berjaya menewaskan pasukan Jordan juga dengan keputusan 2-0. Esok pasukan wanita akan bertemu pasukan Hong Kong pada jam 1.00 petang dan pasukan lelaki akan bertemu wakil daripada Independence Olympic Athlete (AOI) sejurus selepas perlawanan akhir acara berkumpulan wanita yang dijangka jam 3.00 petang.








.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





















