Tarikh:26 april 2012
Tempat:veldrome rakyat ipoh perak
Sesi pagi bermula jam 8.00 pagi yang sesi taklimat diberikan terlebih dahulu oleh jurulatih memandangkan trek hanya boleh digunakan kra-kra jam 10 pagi akibat trek yang masih basah.
Sesi pagi ini lebih memberi penekanan terhadap teknik kayuhan didalam warming up bagi sprinter dan endurance dan juga penekanan kepada teknik flying dan standing yang betul didalam veldrome 250m.
Kebanyakan atlet masih belum dapat menguasai teknik ini dimana dilihat atlet membuat banyak kesalahan semasa jump dan penggunaaan garisan diantara putih dan merah.
Sesi pagi tamat pada jam 1.00 ptg akibat hujan.
Sesi petang dimulakan pada jam 3.00 pm yang menumpukan teknik warming up dan juga standing start. Dilihat atlet masih gagal didalam kawalan basikal terutamanya untuk mengekalkan momentum kelajuan didalam garisan putih dan merah. Sesi ini tamat pada jam 6.00 petang.
Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam dimana lebih kepada sesi video bagi teknik flying dan standing start untuk acara 500m dan ind pursuit.penerangan teknik ini amat penting kerana ini adalah asas yang besar kepada setiap pelumba trek.sesi penerangan juga kepada atlet berkenaan rekod-rekod acc junior bermula dari tahun 2006 dan masa-masaa yang diperlukan jika mahu menyertai skuad acc junior dan untuk mendapat pingat di kejohanan tersebut.sesi tamat pada jam 10
Tiada kemalangan yang berlaku pada hari ini dan dua atlet yang cedera pada hari semalam telah mula berlatih pada sesi petang cuma nor azian masih mengalami kesukaran untuk makan disebabkan kesan luka jahitan didalam mulut.keadaan atlet yang lain berkeadaan baik dan tiada sebarang masalah kesihatan.
Sekian laporan dari ipoh.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.