Friday, April 27, 2012

LAPORAN HARIAN KEM LATIHAN ACC JUNIOR 2013


TARIKH:27 APRIL 2012
TEMPAT VELODROME RAKYAT IPOH PERAK

Sesi pagi hari dapat di mulakan pada jam 8.00 pagi memandangkan hujan tidak turun pada sebelah malamnya. aktiviti pagi ini lebih memberi penekanan terhadap teknik didalam acara team sprint dan team pursuit..atlet-atlet dibahagikan kepada kumpulan team sprint dan endurance dan penggunaan garisan styer (biru) di beri perhatian didalam bukaan setiap pelumba bagi acara team pursuit dan penekanan terhadap keserasian pelumba semasa membuat permulaan perlumbaan.aktiviti sesi sebelah pagi tamat pada jam 12.00 tgh.

Sesi sebelah petang bermula pada jam 3.00 petang yang diadakan di trek yang mana sesi kepada latihan bagi acara sprint yang mana pelumba- pelumba dikehendaki berpasangan seperti berkeadaan pair acara sebenar. aktiviti Skill pengawalan basikal juga ditekankan pada sesi petang ini. sesi tamat pada jam 6.00 petang.

Hari ini seorang pelumba mohamad hakimi mengalami kegatalan badan berbintik merah dan telah dibawa klinik berhampiran untuk diberi rawatan. doktor mengesahkan hanya kegatalan biasa yang mana mungkin atlet berjalan di laluan semak semasa pulang ke hotel. atlet tersebut telah diberi suntikan dan diberikan rehat bagi menjalani latihan untuk sesi pagi dan petang.

Atlet nor azian masih mengalami kesakitan dibahagian gusi tetapi bersemangat meneruskan latihan di velodrome.kesemua atlet juga berkeadaan baik dan tiada sebarang masalah kesihatan.

Keadaan velorome juga telah mengalami mengalami kerosakan kecil yang dilihat beberapa permukaan trek kayu telah tenggelam yang telah reput.keadaan permukaan kayu yang tenggelam ini juga boleh mengakibatkan kecederaan jika atlet tidak dapat mengawal basikal dengan baik apabila tayar termasuk didalam bahagian tersebut.Diharap pihak yang bertanggungjawab dapt memperbaiki kerosakan tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan latihan dan pertandingan terganggu serta mengelakkan kejadiaan yang tidak diingini..

sekian laporan dari ipoh.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.