Thursday, April 26, 2012

Laporan Kem Latihan ACC 2013

Tarikh:24 april 2012
Tempat :velodrome rakyat ipoh

Hari ini merupakan hari kedua kem latihan diadakan. Sesi pagi dimulakan di dalam trek pada jam 9.00 pagi. Sesi latihan pagi ini agak mendukacitakan kerana 2 atlet terlibat didalam pelanggaran semasa sesi pemanas badan. Dua atlet yang cedera iaitu nor azian maslin sazali dan nur jeha iwani roslan kedua-dua atlet pelapis pelapis kebangsaan telah di kejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya.

Kedua-dua atlet mendapat kecederaan di bahagian muka yang mana nurjeha mendapat jahitan bahagian dagu manakala nor azian mendapat jahitan di bawah lidah dan gusi.Kedua-kedua atlet telah dibenarkan pulang ke hotel setelah mendapat rawatan di hospital.

Sesi petang diadakan pada jam 3.00 ptg di velodrome dimana sesi kelas diadakan yang mana penekanan terhadap asas-asas kepada pengukuran saiz basikal dan kedudukan posisi badan diatas basikal. Selepas sesi kelas diadakan atlet dikehendaki menaiki trek untuk menjalani latihan seterusnya.


Latihan diatas trek hanya dapat dilakukan selama sejam memandangkan hujan turun dan latihan terpaksa ditangguh keesokan harinya.


Keadaan atlet berkenaan baik dan memuaskan.

Sekian laporan dari ipoh.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.