Salam Sejahtera
Sekian laporan ringkas dari SSTMI
Salam..
Disertakan gambar aktiviti di klinik Berbasikal USPTN Perlis yang telah dijalankan.
Aktiviti klinik Berbasikal berjalan seperti dijadualkan, aktiviti pada HaRi kedua adalah seperti berikut :
1) Test for Talent/ Menguji bakat - hanya 3 ujian padang dapat dijalankan, memandangkan di sini kita kekurangan kemudahan peralatan dan juga anggota. Ujian yang dapat dijalankan ialah:
a) Lompat menegak / Vertical jump - ujian ini untuk mengenalpasti pelumba sprinter.
b) Satu lompatan jauh/ One flop - ujian ini ini juga untuk mengenalpasti pelumba sprinter.
c) Lari ulang-alik/ Shuttle run - ujian ini untuk mengenalpati pelumba endurance.
2) Tayangan video bebrapa kejohanan track yang disertai oleh pelumba Malaysia.
3) Teknik dan kemahiran kayuhan basikal - aktiviti ini terpaksa dilakukan di dalam dewan memandangkan hujan turun di sebelah petang. Walaubagaimana pun aktiviti berjalan lancar.
Majlis penutupan klinik Berbasikal ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis En. Mohamad Azahari b. Ramli lebih kurang jam 5.30 petang.
Sekian lapuran dari saya di hari kedua (Terakhir) klinik berbasikal ini.
Masa : 5 p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Sembilan
Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 tahun dipengerusikan oleh Hj. Adzhar Derani. Kemudian diikuti dengan taklimat pertandingan oleh Pengarah Pertandingan iaitu En. Rosyam Ahmad. Pertandingan ini juga merupakan salah satu platform bagi pemilihan atlet yang berpotensi untuk disenarai pendek ke kem latihan YOG. Jumlah penyertaan pada kejohanan kali ini adalah seramai 72 orang. Pecahan penyertaan mengikut jantina adalah 53 lelaki dan 19 wanita.
Laporan di sediakan oleh:
ADAM BIN SHAZAN AMIR