Monday, October 1, 2012

LAPORAN ASIAN GRAND PRIX II, ALMATY KAZAKHSTAN.


LAPORAN ASIAN GRAND PRIX II, ALMATY KAZAKHSTAN.

Latar Belakang.

1. Pasukan Pelapis Kebangsaan terdiri daripada 6 atlet lelaki, 2 atlet wanita, 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

2. Berlepas dari KLIA pada 24 Sept. 2012 jam 5.40 ptg dan tiba di Almaty, Kazakhstan pada 25 Sept. 2012 jam 2.30 ptg. Transit di Bangkok, Thailand.

3. Menginap di A-CLUB Hotel, agak jauh dari bandar. Jarak antara hotel ke venue 5km. Sebuah van disediakan untuk ulang alik ke venue.

4. Venua pertandingan di Almaty International Ski Jumping Complex.

5. Cuaca sejuk dengan suhu sekitar 10-13 degree celcius. Hujan mula turun pada hari ke-4 pertandingan.

6. Sajian makanan di hotel agak tidak memuaskan kerana sering lewat dan para peserta hanya boleh makan sepinggan sahaja dengan makanan hanya disenduk oleh pekerjanya sahaja. Nasib baik kita ada membawa sedikit makanan dari Malaysia dan keluar 2 hari sekali membeli makanan dan air minuman dari supermarket.

7. Kemudahan internet terhad dan terputus-putus. Sukar menghantar laporan lebih awal.

8. Semua atlet dan jurulatih berada dalam keadaan yang sihat. Hampir semuanya mengalami pecah bibir akibat cuaca sejuk. 

9. Akan pulang ke Malaysia pada 2 Okt 2012.

10. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian - Kazakhstan, Korea, Chinese Taipei, Hong Kong, Uzbekistan, Krygystan dan Malaysia.

11. Format pertandingan - Double 70m dan Olympic Round Individu dan Berpasukan bagi Kategori recurve dan compound. Pasukan PK hanya menyertai acara recurve.

PENCAPAIAN ATLET

1. Secara keseluruhan, didapati pencapaian atlet kurang memuaskan.
2. Skor yang kurang baik semasa Double 70m menyebabkan atlet2 Malaysia menduduki ranking bawah dan bertemu awal pemanah2 dari Korea yang lebih konsisten.
3. Dalam acara Ind Olympic Round 2 atlet tewas di pusingan top 32 manakala 4 lagi tewas di Top 16.
4. Dalam acara Berpasukan Olympic Round pasukan Malaysia tewas diperingkat separuh akhir kepada pasukan Korea selepas cemerlang menewaskan pasukan tuan rumah di peringkat sukuakhir dengan mata 221pts yang merupakan skor tertinggi dalam kejohanan ini dan rekod baru PK. Walau bagaimanapun momentum tersebut agal dikekalkan ketika bertemu Korea.



5. Pecapaian secara individu :

i. Mohd Alif Adha Hassan - 620pts 12/33. Ind OR tewas 1/8 kepada atlet korea 4-6.
Atlet terbaik PK dalam kejohanan kali ini. Beri tentangan terbaik kepada korea sebelum tewas di end ke-5.
Beraksi cemerlang bantu pasukan tewaskan Kazakhstan.

ii. Syafiq Izzuddin Sulaiman - 617pts 14/33. Ind OR tewas kepada atlt Korea 0-6 diperingkat 1/8. Skor agak baik namun gagal saingi kekuatan lawan.

iii. Atiq Bazil Bakri - 617pts 15/33. Ind OR tewas kepada atlet Kazakhstan 2-6 di peringkat 1/8. Atlet ini punya daya saing yang tinggi namun kurang pengalaman menyebabkan beliau sering hilang fokus ketika mendahului lawan. Beraksi cemerlang dalam acara berpasukan.

iv. Faris Haziq Shuhaimi - 609pts 19/33. Ind OR tewas tewas di peringkat 1/16 kepada atlet Chinese Taipei. Atlet ini menunjukkan peningkatan tetapi belum memadai untuk saingan di kejohanan ini.

v. Nazir Omar - 607pts 21/33. Tewas di peringkat 1/16 dalam Ind OR kepada atlet Chinese Taipei. Atlet yang sukar diramal ini kurang fokus dalam pertandingan ini. Perlu diberi amaran bertulis supaya meningkatkan prestasi beliau.

vi. Firdaus Ishak - 591 pts 26/33. Skor yang tidak capai sasaran dalam Double 70m. Tetapi atlet ini telah menunjukkan persembahan yang baik semasa acara Ind OR. Tewaskepada atlet Korea di peringkat 1/8 selepas berjaya tewaskan atlet tuan rumah semasa 1/16. tlet ini juga perlu diberi amaran bertulis supaya meningkatkan prestasi.

vii. Ummi Aisyah Mohd Fadzil - 547pts 21/23. Tewas diperingkat awal dalam Ind OR. Atlet yang tiada pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa ini gagal memeberikan persembahan baik.

viii. Fairuz SM Rahim - 539pts 22/23. Atlet yang pernah berlatih dengan pasukan elit ini menunjukkan prestasi yang buruk. Atlet ini tidak serius dan sering hilang fokus. Tidak mampu mengawal tekanan dan sering melakukan kesilapan yan tidak sepatutnya. Tewas mudah di pusingan awal Ind OR. Surat amaran akan dikeluarkan kepada atlet ini supaya segera meningkatkan prestasi.

ULASAN.
1. Penyertaan ke kejohanan ini memberi pengalaman berguna kepada atlet2 PK.
2. Kurang pengalaman bertanding di pentas antarabangsa menyukarkan mereka untuk mengawal tekanan serta mengambil masa untul menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan.
3. Prestasi atlet2 wanita amat mengecewakan kerana gagal memberi saingan kepada atlet2 negara lain. Skor yang diperolehi juga jauh dari sasaran yang ditetapkan. Kurang komitmen serta tidak memberi fokus kepada tugasan penting menyebabkan prestasi mereka hambar.
4. Atlet2 lelaki wajar diberi peluang lagi kerana mereka mencuba yang terbaik namun perlu lebih pengalaman untuk beraksi cemerlang diperingkat antarabagsa seperti ini. Kejohanan ini memberi banyak pengalaman yang baik untuk mereka pelajari. Mereka mendapat pujian dari jurulatih pasukan junior korea yang menganggap atlet2 lelaki Malaysia punya kualiti yang tinggi serta berdisiplin. Beliau menganggap pasukan kita sukaruntuk dtewaskan. Latihan berterusan dan pendekatan yang lebih baik akan menambah kekuatan serta tahap konsistensi mereka. Beliau beminat untuk membawa pasukan korea datang ke Malaysia berlatih dengan pasukan ini.
5. Disertakan sedikit gambar2 sekitar pertandingan.

Sekian. Terima kasih.

RAHIMI SULAIMAN - PPA(P1)

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.