Monday, October 22, 2012

Klinik Berbasikal USPTN Perlis (20hb. Dan 21hb. Oktober 2012)

Salam..

Disertakan gambar aktiviti di klinik Berbasikal USPTN Perlis yang telah dijalankan.

Aktiviti klinik Berbasikal berjalan seperti dijadualkan, aktiviti pada HaRi kedua adalah seperti berikut :

1) Test for Talent/ Menguji bakat - hanya 3 ujian padang dapat dijalankan, memandangkan di sini kita kekurangan kemudahan peralatan dan juga anggota. Ujian yang dapat dijalankan ialah:

a) Lompat menegak / Vertical jump - ujian ini untuk mengenalpasti pelumba sprinter.

b) Satu lompatan jauh/ One flop - ujian ini ini juga untuk mengenalpasti pelumba sprinter.

c) Lari ulang-alik/ Shuttle run - ujian ini untuk mengenalpati pelumba endurance.

2) Tayangan video bebrapa kejohanan track yang disertai oleh pelumba Malaysia.

3) Teknik dan kemahiran kayuhan basikal - aktiviti ini terpaksa dilakukan di dalam dewan memandangkan hujan turun di sebelah petang. Walaubagaimana pun aktiviti berjalan lancar.

Majlis penutupan klinik Berbasikal ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis En. Mohamad Azahari b. Ramli lebih kurang jam 5.30 petang.

Sekian lapuran dari saya di hari kedua (Terakhir) klinik berbasikal ini.

Suod Hussain
Jurulatih Pelapis Kebangsaan
Majlis Sukan Negara
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.