Wednesday, October 17, 2012

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN PERIODISASI 2013

Sebagaimana amalan yang dipraktikkan oleh Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, semua jurulatih dibawah program akan merangka pelan periodisasi atlet untuk tahun hadapan. Kali ini, program ini telah diadakan pada 18 - 18 Oktober 2012 di Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara.

Semua jurulatih dibawah program Elit dan Pelapis diwajibkan hadir dan turut dijemput adalah wakil-wakil daripada Persatuan Sukan Kebangsaan serta Institut Sukan Negara untuk bersama-sama membantu menyiapkan pelan ini.

Hari pertama ( hari ini ) adalah melibatkan sebanyak 8 jenis sukan iaitu Akuatik, Badminton, Berbasikal, Karate, memanah, Olahraga, Skuasy dan Gimnastik. Manakala untuk sesi pada keesokan harinya pula adalah melibatkan sebanyak 10 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Tenpin Boling, Lawn Bowls, Menembak, Pelayaran, Sepaktakraw, Taekwondo, Tinju, Hoki (L) dan Wushu.






MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.