Tuesday, October 9, 2012

19th Edition of International Mazandaran Cycling Tour.

Salam,

Berikut adalah sedikit laporan 19th Edition of International Mazandaran Cycling Tour.
Maaf diatas kesulitan tidak dapat mengahantar laporan harian berikutan ketiadaan perkhidmatan internet di tempat 
penginapan rasmi kerana memerlukan software istimewa.

Secara keseluruhan perjalanan Pasukan Remaja Kebangsaan ke kejohanan tersebut berjalan baik walaupun tiba 
pada jam 4 pagi ke Hotel Navid, Sari iaitu hotel penginapan rasmi semua pasukan bertanding.

Sebanyak 14 pasukan keseluruhan mengambil bahagian termasuk dari 9 buah negara lain iaitu Kazakstan
(pasukan pembangunan Astan Pro),Syiria,Thailand,Azerbaidjan,Uzbekistan,Turkeministan,Armenia,Malaysia
dan 6 buah pasukan tempatan I.R Iran dengan penglibatan 67 orang pelumba kesemuanya.

Pasukan Remaja Malaysia diwakili oleh:

1.Eddie Norshamshidi Abd. Rashid (Pengurus Pasukan)
2.Jamaluddin Omar (Jurulatih Pelapis)
3.Rosli Salleh (Jurulatih Negeri/Mekanik)
4.Ahmad Firdaus Abd. Karim
5.Mohd Azrul Taufiq Anuar
6.Irwandy Lakasek
7.Mohd Imran Zubir
8.Mohd Syafiq Syazwan Zainudin

27 September 2012
Bertolak ke Kejohanan 19th Edition of International Mazandaran Cycling Tour.

28 September 2012
Peringkat 1 Sari-Sari 67km laluan mendatar dengan 2 zon pecutanseramai 67 orang pelumba memulakan perlumbaan.
Cuaca pada kejohanan kali ini sangat baik sekitar 27 darjah.Peringakat 1 ini penyaksikan satu perlumbaan berpurata kelajuan 46.6kmj.
Dimana menyaksikan dominasi pelumba dari Kazakstan,Armenia dan Uzbekistan.Perlumbaan peringkat ini dimenangi oleh:

1.Shtybulov Maxim (Kazakstan) 1jam 31.45 saat
2.Hovhannes Hovhannisyan (Armenia) 
3.Medvedev Sergey (Uzbekistan)

Manakala kedudukan pelumba Malaysia:

18.Mohd Azrul Taufiq 1 jam 32.18 saat. (Wang Tunai USD 30)
24.Ahmad Firdaus Abd. Karim 
31.Mohd Syafiq Shazwan
33.Mohd Imran Zubir
55.Irwandy Lakasek

Manakala Mohd Syafiq menduduki tempat kedua dan Ahmad Firdaus ke empat pada zon pecutan pertama.

29 September 2012
Peringkat 2 dari Sari ke Babolsar sejauh 97km dengan laluan mendatar menyaksikan perlumbaan berkelajuan 41.9kmj 
selain perlu menempuhi rintangan angin yang kuat sekitar kawasan tanaman sekali lagi memperlihatkan dominasi
pelumba Kazakstan,Uzbeksiatan dan Armenia.Dimana perlumbaan hari ini sekali lagi dimenangi oleh pelumba Kazakstan.

1.Mordvintsev Kirill (Kazakstan) 2jam 18.46 saat.
2.Hovhannes Hovhannisyan (Armenia)
3.Eduard Matosyan (Armenia)

Manakala kedudukan pelumba Malaysia pada perigkat ini adalah:
11.Irwandy Lakasek 2jam 19.28 saat (Wang Tunai USD 30)
14.Mohd Azrul Taufiq (Wang Tunai USD 30)
22.Mohd Imran Zubir

Selain itu dua pelumba Malaysia iaitu Mohd Syafiq Shazwan dan Ahmad Firdaus Karim tidak dapat menamatkan perlumbaan pada peringkat ini berikutan kerosakan dibahagian padel Mohd Syafiq yang (loose trip) kehausan trip. Manakala Ahmad Firdaus terpaksa menamatkan cabaran lebih awal akibat dua kali kebocoran dan tidak mendapat khidmat Neutral Servis sehinggakan dia menamatkan perlumbaan tetapi telah melepasi masa 10% yang ditetapkan.

30 September 2012

Pada peringkat ke 3 iniperlumbaan sejauh 70km dari Sari ke Kiasar dengan purata kelajuan peringkat ini adalah 35.26kmj.Laluan
perlumbaan hari ini menampilkan 2 zon pecutan dan 2 zon pendakian dimana menyaksikan laluan di pergunungan Kiasar menjadi
penamat kepada peringkat ini.Bukit pada ketinggian 1890 meter dari paras laut menjadi cabaran kepada pelumba dengan jarak pendakian sejauh 35km.Laluan sebegini sudah pastinya mula memperlihatkan penguasaan pelumba Iran mula teserlah bersama Uzbekistan,Kazakstan dan Armenia.

Keputusan peringkat ke 3.
1.Darush Esmaeilzadeh (Tabriz Petrochimical-Iran) 1 jam 59.04 saat
2.Mordvintsev Kirill (Kazakstan) 2 jam 02.40 saat
3.Hovhannes Hovhannisyan (Armenia) 2jam 02.40 saat.

Pelumba Malaysia:

21. Mohd Azrul Taufiq 2 jam 07.00 saat
38. Irandy Lakasek 2jam 12.00 saat
41. Mohd Imran Zubir 2jam 12.34 saat

1 Oktober 2012

Peringkat ke 4 pula sejauh 87.5km dari Ghaem Shahr ke Ghadook dimana peringkat kali ini hanya pempertaruhkan 1 zon pecut dan 1 zon pendakian dimana penama diatas pergunungan Ghadook yg berketinggian 2000 meter dari paras laut dimana pelumba harus mengharungi 50km pendakian sebelum sampai ke penamat.Sekali lagi menyaksikan penguasaan pelumba Iran dan Kazakstan manakala kayuhan atau penguasaan Armenia dan Uzbekistan mula tercicir.Manakala bagi pasukan remaja kebangsaan sudah pasti menyerlahkan kekurangan dari aspek pendakian yang semakin ketara.

Keputusan peringkat ke 4:
1.Kazantsev Timur (Kazakstan) 2jam 41.34 saat
2.Ali Fatollahi (Heyate Borojerd-Iran) 2jam43.07 saat
3.Mohammad Reza Sharifi (Terafik Tehran-Iran) 2jam 43.10 saat

Keputusan pelumba Malaysia:
40.Mohd Azrul Taufiq 2jam 56.19saat
42.Mohd Imran Zubir 2jam 58.18 saat

Manakala Irwandy Lakasek telah dikenakan tindakan akibat memegang kenderaan semasa perlumbaan dan telah dikeluarkan (eliminate) dari perlumbaan serta didenda 100chf.Ini bermakna pasukan remaja kebangsaan akan meneruskan perlumbaan peringkat terakhir esok dengan 2 pelumba sahaja iaitu Mohd Azrul Taufiq dan Mohd Imran.

2 Oktober 2012

Ini merupakan peringkat terakhir untuk kejohanan kali ini  dari Ghalooghah ke Abbasabad sejauh 95.5km berlangsung dalam purata kelajuan 36.16kmj.Sepertimana peringkat sebelumnya peringkat kali ini menawarkan 2 zon pecut dan 1 zon pendakian berketinggian 400 meter dari paras laut.Pada asas pendakian tidaklah seperti mencabar tetapi tahap ketinggian pada jarak 5km terakhir berserta jalan sempit menambahkan lagi kecuraman pendakian laluan peringkat ini.Penguasaan pelumba dari Iran dan Kazakstan terserlah hingga ke peringkat terakhir dimana mereka sekali lagi menguasai peringkat ini dengan pakar pendaki mereka.Keputusan Peringkat ini ialah:

1.Darush Esmaeilzadeh (Tabriz Petrochimical-Iran) 2 jam 40.23 saat
2.Mohammad Reza Sharifi (Terafik Tehran-Iran) 2 jam 40.32 saat
3.Shemyakin Sergey (Kazakstan) 2 jam 40.37saat

2 pelumba Malaysia menamatkan perlumbaan di tempat ke 21 melalui Mohd Azrul Taufiq dengan masa  2 jam 42.54 saat manakala Mohd Imran Zubir di tempat ke42 dengan masa 2 jam 46.24 saat.

Rumusan dan keputusan penuh 19th Mazandaran International Cycling Tour

Juara Keseluruhan
1.Mordvintsev Kirill (Kazakstan) 11 jam 16 minit 38 saat
2.Darush Esmaeilzadeh (Tabriz Petrochimical-Iran) 11 jam 16 minit 40 saat.
3.Mohamad Reza Sharifi (Terafik Tehran-Iran) 11 jam 18 minit 03 saat.
29.Mohd Azrul Taufiq (Malaysia) 11 jam 37 minit 59 saat.
41.Mohd Imran Zubir (Malaysia) 11 jam 49 minit 02 saat.

Raja Pecut
1.Setthawut Yordsuwan (Thailand) 21 mata
2.Shtyrbulov Maxim (Kazakstan) 15 mata
3.Mohamad Fdoan (Syiria) 15 mata

Raja Bukit
1.Medvedev Sergey (Uzbekistan) 28 mata
2.Samir Jabrayilov (Azerbaijan) 22 mata
3.Khakimov Khusniddin 18 mata

Berpasukan Keseluruhan
1.Kazakstan 33 jam 55 minit 42 saat
2.Tabriz Petrochimical-Iran 43 jam 02 minit 24 saat
3.Uzbekistan 34 jam 13 minit 33 saat

Secara keseluruhan kejohanan kali ini kurang menyerlahkan kemampuan pasukan negara walaupun kita merupakan pemenang kategori Raja Pecut pada dua edisi sebelum ini.Dari aspek positif penyertaan ke kejohanan ini amatlah diharapkan kerana untuk meningkatkan mutu pelumba remaja.Perlumbaan peringkat junior berstatus antarabangsa amatlah sukar untuk diperolehi dan perkara ini diakui oleh beberapa jurulatih yang menyertai kejohanan tersebut.Bagi Pasukan Malaysia kali ini cabaran agak hambar setelah kehilangan 2 pelumba serentak pada peringkat ke 2 sedikit sebanyak merencatkan perancangan pasukan.Ditambah pula dengan laluan kali ini yang lebih mencabar dan penyertaan pasukan luar yang lebih berkualiti.Seramai 67 pelumba memulakan perlumbaan hanya 44 daripada mereka berjaya menamatkan kejohanan pada edisi ke 19 ini.

Sekian,

Laporan di sediakan oleh:
eddie norshamshidi abd rashid 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.