Friday, September 27, 2013
Islamic Games Palembang 2013
Laporan Hari Keenam - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship
26 September 2013, Khamis
Acara yang berlangsung pada hari ini adalah acara Men's Foil Team, Women's Epee Team dan Women's Sabre Team. Pasukan Malaysia hanya menghantar penyertaan bagi acara Men's Foil Team sahaja pada kejohanan hari keenam.
Sebanyak 12 negara telah menghantar penyertaan pasukan masing-masing bagi acara Men's Foil Team dimana pasukan dari China telah berjaya menjadi juara dengan diikuti oleh pasukan dari Jepun dengan pingat perak. Manakala pasukan Hong Kong dan Kuwait berkongsi pingat gangsa bagi acara ini. Pasukan Malaysia berada di tempat ke-10 setelah ditewaskan oleh pasukan dari Kazakstan dengan skor 44/45.
Berikut adalah keputusan bagi acara;
Women's Epee Team:
1. China
2. Jepun
3. Iran
4. Kazakstan
Women's Sabre Team:
1. China
2. Kazakstan
3. Iran
4. Jepun
Bagi acara yang akan berlangsung esok adalah Men's Epee Team, Women's Foil Team dan Men's Sabre Team dimana pasukan Malaysia akan menyertai ketiga-tiga acara.
Laporan Kem Shuzenji Suphanburi Thailand Day 2.
Hari 2: 26hb.9.2013
- Program training bermula dengan group "warming up"..dan flying start 100m x 2..
-aktiviti latihan hari kedua ialah flying start 333m X 3 X 2 set.
- program latihan sebelah petang standing start 333 X 3 X 2 set.
- hujan turun disebelah petang menyebabkan latihan di tangguhkan sementara kemudian disambung selepas hujan.
Dari penilaian jurulatih track velodrome di suphanburi agak berat kerana persekitarannya di kelilingi oleh paya mungkin juga permukaan simen velodrome lembab ini kerana result yang dilakukan oleh atlet2 masa latihan tidak mencapai masa yang dibuat di velodrome cheras.
Sekian lapuran dari jurulatih di Suphanburi Thailand.
Thursday, September 26, 2013
Laporan Harian Kem Shuzenjie Day 1.
8.30: Perasmian oleh Timbalan presiden TCA
Di ikuti dengan penerangan oleh coach Noahiro Noda berkenaan perjalanan kem.
10.00: Ke velodrome suphanburi bagi menjalani program latihan kali pertama. Aktiviti pemanas badan (warm up) dijalankan di sekitar velodrome mengunaakan gearing 48-16.
12.30: rehat - makan tengahari.
Pengurusan hotel telah di beritahu berkenaan penyediaan makanan halal bagi pasukan Malaysia.
2.30: kem disambung hingga jam 5 Ptg.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti flying sprint 200 m x 3 set..rehat 15min flying start 200m x3 set sebelum cooling down.
Semua atlet berada dalam keadaan baik cuma agak keletihan memandangkan baru sahaja tiiba lewat sehari sebelum ini.
Seorang pelumba mengadu mengalami sakit belakang kerana terjatuh semasa sesi memanaskan badan.
Laporan Hari Kelima - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship
25 September 2013, Rabu
Acara yang berlangsung pada hari ini adalah Men's Individual Sabre dan Women's Individual Foil. Berikut adalah senarai atlet yang bertanding:
Men' Sabre :
1. Nurul Arriezat Nazreen - Elit
2. Wong Tzer Chyuan - Elit
Women's Foil :
1. Natasha Ezzra - Elit
2. Anis Syaqireen Jamaludin - Pelapis
3. Shaidatul Shafiqah - Pelapis
4. Ivy Cheah Hsiao Yong - Pelapis
Acara Men's Individual Sabre berlangsung pada sebelah pagi dimana ianya telah disertai seramai 24 orang peserta. Keputusan bagi acara ini adalah :
1. Seyed Ali Pakdaman (Iran)
2. Khalid Al Shamlan (Kuwait)
3. Farzad Baher (Iran)
4. Sun Wei ( China)
12. Nurul Arriezat Nazreen
24. Wong Tzer Chyuan
Manakala bagi acara Women's Foil Individual pula telah berlangsung pada sesi petang dan melibatkan seramai 24 orang peserta. Keputusan bagi acara ini adalah seperti berikut ;
1. Shaito Mona (Libya)
2. Wada Naoko (Jepun)
3.Chen Bingbing (China)
4. Liu Yongshi(China)
7. Natasha Ezzra Abu Bakar
21. Anis Syaqireen Jamaludin
23. Ivy Cheah Hsiao Yong
24.Shaidatul Shafiqah
Untuk acara yang akan berlangsung esok ialah Men' Foil Team, Women ' Epee Team dan Women's Sabre Team.
Laporan dari Marina
Wednesday, September 25, 2013
Kem Shuzenji 2013 dan Tour Mazandaran 2013
Laporan Hari Keempat - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship
24 September 2013, Selasa
Acara yang telah dipertandingkan pada hari ini ialah acara Men's Epee Individual dan Women's Sabre Individual dimana telah disertai seramai 45 orang peserta bagi acara Epee dan 22 orang peserta bagi acara Sabre.
Acara Men's Epee Individual adalah di sertai seramai dua orang atlet di bawah program Elit iaitu :
1. Mohamad Roslan b Mohamed
2. Joshua Koh I-Jie
Berikut adalah keputusan bagi acara Men's Epee Individual :
1. Jian Chenyang (China)
2. Kurbanov Ruslan (Kazakhstan)
3. Alexanin Dmitriy (Kazakhstan)
4. Jin Yichao (China)
10. Mohamad Roslan b Mohamed
11. Joshua Koh I-Jie
Bagi acara yang akan dipertandingkan esok adalah Men's Sabre Individual dan diikuti dengan acara Women's Foil Individual. Seramai dua orang atlet di bawah program Elit akan menyertai acara Sabre dan 4 orang (1 Elit, 3 Pelapis) akan memyertai acara Foil.
Laporan di sediakan oleh Marina
Laporan Hari Ketiga - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship
23hb September 2013, Isnin
Acara pertama yang dimulakan pada hari ini adalah acara Men's Individual Foil dan diikuti dengan acara Women's Individual Epee. Seramai 3 orang atlet Pelapis telah mengambil bahagian bagi acara Men's Individual Foil iaitu :
1. Muhammad Aqil Anuar
2. Izzul Shawal Shamsuddin
3. Syed Adil Emir Putra
Acara ini telah disertai seramai 42 orang atlet yang bermulan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir lada pukul 7.00 malam dan berikut adalah keputusan bagi acara ini :
1. Shi Jialuo (China)
2. Matsuoka Satoshi (Jepun)
3. Chan Kyle (Hong Kong)
4. Li Chen (China)
24. Izzul Shawal Shamsuddin
34. Syed Adil Emir Putra
38.Muhammad Aqil Anuar.
Melalui penilaian bersama Jurulatih, faktor kekurangan stamina dan kelemahan dari segi taktikal di kalangan atlet menjadi penyebab atlet tidak berada dalam prestasi terbaik masing-masing.
Acara yang akan dipertandingan esok adalah Men's Epee Individual yang akan disertai oleh dua orang atlet di bawah Program Elit dan acara Women's Sabre individual.
Cuaca pada hari ni seperti biasa dan suhu di sekitar 38-39celcius. Perjalanan dari tempat penginapan ke dewan pertandingan memakan masa selama 15minit dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebanyak 9 piste telah disediakan dan keadaan di dewan pertandingan agak sesak berikutan dewan yang agak kecil serta pengurusan penganjur sedikit kelam kabut.
Monday, September 23, 2013
Islamic Solidarity Games
2nd Asian Under 23 Fencing Championship
Official Weapon Check dimulakan pada pukul 2.00 petang dengan diikuti sesi Team Manager Meeting dan Referee Meeting bertempat di Kuwait Continental Hotel. Mesyuarat telah dihadiri seramai 27 perwakilan bagi pengesahan penyertaan negara masing-masing.
Bagi acara pertama yang akan bermula esok adalah Men's Individual Foil dan Women's Individual Epee. Seramai 42 orang peserta bagi acara Men's Individual Foil dan 27 orang peserta bagi acara Women's Individual Epee dari 18 buah negara antaranya ialah China, Hong Kong, Bahrain, Jepun, Iran, Iraq, Thailand, Taipei, Indonesia, Vietnam, Kazakhstan serta Qatar.
Cuaca pada hari ini agak baik dan panas serta kering dengan suhu mencecah sehingga 42celcius. Para atlet telah dinasihatkan untuk memaksimumkan pengambilan cecair bagi mengelakkan dehidrasi dan heat stroke semasa sesi latihan dan pertandingan. Laporan disediakan oleh Marina
Friday, September 20, 2013
6th EGAT Prince's Cup : Junior International Weighlifting Championships 2013
Tuesday, September 17, 2013
Kejohanan Perlis Open 2013 - hari pertama
Salam...
Kejohanan hari pertama 13/9/2013 (Jumaat) adalah seperti berikut :
Pagi - 9.00am
A. Lelaki Elite ( 98km Mass Start)
Penyertaan seramai :
1. Pelumba - 42 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 7 pasukan (Perak,MSN Elit, PDRM, Kuala Lumpur, Malaysia, TSG, Terengganu)
Keputusan perlumbaan :
1. Sofian Nabil Omar - MSN Elit
2. Amirul Anuar Jafri - Malaysia
3. Mohd. Saiful Anuar Aziz - TSG
4. Mohd. Fakhruddin Daud -:MSN Elit
5. Hoh Jin Cheng - Kula Lumpur
Pagi- 9.05am
B. Wanita ( 74.1km Mass Start)
Penyertaan seramai :
1. Pelumba - 39 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 9 pasukan( Pelapis Kebangsaan, Perlis, Johor, Malaysia, Kuala Lumpur, ASZU, MSN Elit, Terengganu, Kedah).
Keputusan perlumbaan :
1. Jupha Somnet - Perlis
2. Nurul Suhada Zainal- Malaysia
3. Masziyaton Mohd. Radzi- Kedah
4. Nur Syazwana Mohd Jamil
5. Siti Fatimah Ismail
Petang - 3.00pm
C. Men Junior ( 93.8km Mass Start)
Penyertaan seramai : Pelumba - 104 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 12 pasukan( Perlis, Terengganu, Perak, Akademi Serantau MSN, Pelapis Kebangsaan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Kelantan,Johor, Pahang, Kedah, Selangor)
Keputusan perlumbaan :
1. Muhd. Hakimi Mohd. Khir - Pelapis Kebangsaan
2. Muhammad Faruq Daud - Johor
3. Low Ji Ming - Pelapis Kebangsaan
4. Irwandie Lakasek - Pelapis Kebangsaan
5. Muhd. Firdaus Zonis- Pelapis Kebangsaan
Untuk esok hari kedua,14/09/2013(Sabtu) acara yang akan dipetandingkan adalah :
1. Pagi 9.00am - 153.8km Mass Start
2. Pagi 9.05am - 106.5km Mass Start
3. Petang 3.00pm - 98km Mass Start
Sekian, Lapuran ringkas dari saya di Kangar, Perlis.
Suod Hussain
Jurulatih Pelapis Kebangsaan