Berikut merupakan kesinambungan dari pemantauan PLN negeri Kedah bagi sukan Menembak, Tenis, Gimnastik dan Angkat Berat.
1. Sukan tenis
Tempat : Kompleks Sukan Belia dan Sukan Alor Setar
Terdapat 2 gelanggang tenis milik JBS walaubagaimanapun gelanggang ini kurang sesuai digunakan untuk latihan. Ketika pemantauan tiada latihan dijalankan kerana keseluruhan atlet terlibat dengan sukan sekolah. JSM di pusat latihan ini ialah En. Alen Tan. Kehadiran atlet adalah agak memberansangkan dan seramai 25 orang atlet berada di dalam program. Beliau juga turut mengadakan latihan di sekolah yang memiliki gelanggang tenis. Atlet didalam program terdiri daripada peringkat umur 12 sehingga 16 tahun.
2. Menembak
Tempat: Lapang sasar Menembak Pokok Sena
Di dalam program menembak terdapat 10 orang atlet. Program TID telah dilaksanakan pada bulan April dimana 17 orang telah pun dipilih dan akan didaftarkan pada bulan Julai ini.
Setakat ini stor senjata telah pun siap dalam lingkungan 80% dari kerja-kerja pembinaan dan dijangka boleh digunakan pada ada awal bulai Julai nanti. Kerja-kerja menaik taraf Lapang Sasar untuk 10m, 25m,dan 50 m akan dibuat oleh Perbadanan Stadium Kedah dan senjata yang sedia ada kini disimpan di IPK Alor setar yang antaranya ialah Air Rifle. Para atlet di bawah program menjalankan sebanyak 5 kali seminggu.
3. Gimnastik
Tempat: SK Jitra 3
Latihan gimnastik dijalankan di dewan terbuka sekolah ini kerana dewan gim tidak dapat digunakan. Dua orang JSM dilantik untuk menjalankan program latihan dan seramai 25 orang atlet berada dibawah program. Kehadiran ketika pemantauan adalah memuaskan.
4. Angkat berat
Tempat: SMK Alor Janggus dan SMK Tungku Anum Jitra
Seramai 24 orang atlet berada di dalam program. Dua orang JSM dilantik untuk menjalankan program latihan. Prestasi atlet PLN ini di SUKMA 2014 ialah memenangi 3 emas,1 perak, 3 gangsa. Latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu dan kehadiran ketika pemantauan juga memuaskan.
5. Sukan Basikal
Tempat: SMK Alor Janggus
Ketika pemantauan tiada latihan dijalankan kerana semua atlet yg tinggal asrama pulang ke kampung halaman masing-masing. Di bawah program berbasikal terdapat seramai 9 orang atlet. Di masa akan datang ini, akan diadakan program, klinik untuk mencari lebih ramai atlet. Latihan dijalankan sebanyak 6 kali seminggu.
Laporan Oleh,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM