Saturday, June 21, 2014

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON UTARA SIRI 2/2014

Kejohanan Zon Utara Siri 2/2014 telah membuka tirai kejohanan dengan negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada edisi yang kedua ini. Terdapat 5 sukan yang dipertandingkan pada kali  ini iaitu Angkat Berat, Olahraga, Memanah, Sepak Takraw dan Tinju.

Mesyuarat Pengurus Pasukan untuk 5 sukan telah diadakan pada 20 Jun 2014 adalah seperti berikut :-

Sukan Angkat Berat

Tempat : Majlis Sukan Pulau Pinang
Masa : 8.00 pm

Penyertaan : 
Bwh 12 tahun
Lelaki -26 org
Wanita- 8 org

Bwh 15 tahun
Lelaki-37 org
Wanita-4 org

Mesyuarat Angkat Berat telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang dipengerusikan oleh En Hamidi Bin Lokman iaitu Pemangku Ketua Unit USPTNPP. Pada kejohanan kali ini seramai 75 orang atlet berumur bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun telah mengesahkan penyertaan. Kejohanan ini akan bermula pada 21 Jun 2014 Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.

Sukan Olahraga

Tempat : Akademi Serantau
Masa : 5.30 pm

Penyertaan : Bwh 14 tahun
Lelaki-29
Wanita-25
Bwh 16 tahun
Lelaki-19
Wanita-16

Mesyuarat Olahraga pada sebelah petang telah dipengerusikan oleh Jurulatih Serantau En Krishnan a/l Thambusamy di mana mesyuarat ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang bantahan dari 3 negeri yang terlibat. Seramai 89 atlet telah terlibat dalam kejohanan ini yang terdiri dari atlet berumur bawah 13-14 thn dan 15-16 tahun.

Sukan Memanah

Tempat : Politeknik Seberang Perai
Masa : 4.30 pm

Penyertaan : Bwh 12 tahun
Lelaki-20
Wanita-17
Bwh 16 thn
Lelaki-23
Wanita-15

Politeknik Seberang Perai telah dipilih sebagai lokasi bagi Kejohanan Memanah Zon Utara pada kali ini dan mesyuarat pada sebelah petang mengesahkan seramai 75 orang atlet lelaki dan wanita yang berumur bawah 16 thn dan bawah 12 thn akan bertanding dalam kejohanan ini. Selain 3 negeri yang terlibat iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang terdapat 5 sekolah yang turut sama memeriahkan kejohanan ini seperti SK Nibong Tebal, SMK Batu Kawan, SMK Gurun, SK Sidik dan SMK Taman Widuri.

Sukan Sepak Takraw
Tempat : Majlis Sukan Pulau Pinang
Masa : 8.30 pm

Penyertaan : Bwh 12 tahun
Lelaki-8 orang
Bwh 14 tahun
Lelaki-24 org
Bwh 16
Lelaki-15 org

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En Hamidi Lokman selaku Pemangku Ketua Unit USPTNPP telah mengesahkan seramai 47 atlet berumur bawah 12, 14 dan 16 thn dari 3 buah negeri akan bertanding pada kejohanan pada kali ini. Penganjuran pada kali ini telah dibantu oleh Persatuan Sepak Takraw Daerah Timur Laut yang ditugaskan menjadi pegawai teknikal sepanjang kejohanan berlangsung.

Sukan : Tinju

Tempat : Majlis Sukan Pulau Pinang
Masa : 8.00pm

Penyertaan:13-14 tahun
Lelaki-24 orang
15-16 thn
Lelaki-15 org

Mesyuarat Pengurus Pasukan Sepak Takraw telah dipengerusikan oleh En Wan Abd Hamid bin Wan Mahmud iaitu Naib Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia yang juga Presiden Persatuan Tinju Amatur Pulau Pinang. Dalam mesyuarat ini seramai 39 orang peninju telah mengesahkan penyertaan dan rata-rata peninju adalah berumur 13-14 thn. Pasukan Pulau Pinang juga memohon untuk memasukan atlet yang berumur 12 thn tetapi ditolak oleh ahli mesyuarat di atas faktor keselamatan.

Sekian terima kasih

Laporan Disediakan oleh,
Dinie Suhami
Pengurus Sukan Pelapis Negeri 
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.