Wednesday, June 25, 2014

PEMANTAUAN DI PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN) KEDAH


Seperti amalan-amalan sebelum ini para pengurus sukan akan mengadakan pemantauan di setiap pusat latihan negeri. Kali ini, pemantauan di PLN Kedah akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 24 Jun sehingga 26 Jun 2014. Berikut adalah beberapa PLN yang telah dipantau untuk hari pertama:

1. Tinju

Pusat latihan tinju terletak di SMK Tengku Putra Baling. Terdapat seramai 28 orang atlet berada di bawah program ini. Dua orang JSM iaitu En Ganesan dan En Muhamad Azril telah dilantik untuk mengendalikan program latihan. Pihak sekolah bersama dengan pihak Majlis Sukan Negara Malaysia telah berganding bahu untuk menyediakan tapak serta dewan bagi  membangunkan sukan tinju di peringkat negeri khususnya.

2. Berbasikal

Sukan berbasikal juga turut berpusat di SMK Tengku Putra Baling dimana En Mohd Ghaffuan menggalas tugas sebagai pengendali program latihan di kawasan SMK Tengku Putra Baling. Seramai 12 orang berada di dalam program ini. Program di sekolah tersebut baru bermula tahun ini. Kehadiran atlet semasa pemantauan adalah memuaskan dan semasa perbincangan, JSM memaklumkan bahawa program latihan untuk atlet beliau disediakan dengan nasihat Cikgu Suod Hussain iaitu jurulatih berbasikal Pelapis Kebangsaan.

3. Memanah

Sukan memanah pula berpusat di SMK Jelai, Baling. Sama seperti beberapa sukan yang lain, ketika pemantauan tiada latihan dijalankan kerana berlangsungnya sukan sekolah. Seramai 20 orang atlet berada di dalam program. En Nadzy Hasshim sebagai JSM hadir bersama ketika pemantauan. Latihan dijalankan 5 kali seminggu dan kehadiran atlet adalah memuaskan.

4. Sukan Takraw

Manakala bagi sukan sepak takraw pula bertempat di SMK Dato Syed Omar. PLN berada di dalam keadaan yang baik dan pengganti jurulatih telah pun dinamakan. Program latihan dijangka akan bermula pada bulan Julai tahun ini.

5. Olahraga

Sukan olahraga yang berada di SMK Kuala Ketil, Baling dikendalikan oleh En Mahalinggam, JSM Olahraga untuk mengadakan program latihan. Seramai 17 orang atlet berada dibawah program latihan yang dijalankan sebanyak 5 kali seminggu. Kehadiran adalah memuaskan dan tempat latihan yang digunakan kini adalah padang sekolah.

6. Tenpin Boling

Pusat tenpin boling U-Bowl di Amanjaya Sungai Petani merupakan PLN bagi sukan ini. Seorang JPM dan seorang JSM telah dilantik untuk mengendalikan program latihan‎ dimana terdapat seramai 37 org atlet di dalam program. Latihan dijalankan 5 kali seminggu. Ibu bapa juga turut memberi sokongan yang sangat baik kepada pihak MSN di dalam menjayakan program.

7. Taekwondo

Sukan taekwondo di Taman seri Bandong mempunyai dua orang JSM yang dilantik untuk mengendalikan program latihan. Semasa pemantauan kedua JSM turut hadir bersama. Peralatan di PLN adalah mencukupi untuk latihan dan kehadiran atlet adalah memuaskan.



Laporan disediakan oleh,
Vimalan A/L Palaniappan
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.