Tuesday, June 24, 2014

LATIHAN JARAK JAUH BERBENTUK JELAJAH SEMPENA KEJOHANAN WORLD JUNIOR CHAMPIONSHIP 2014

TARIKH : 23 JUN 2014

Hari ini merupakan stage 2 bagi kayuhan jelajah ini. Destinasi pada hari ini adalah ke Majlis Sukan Negara, seperti biasa kami memulakan kayuhan pada jam 7.10 pagi.Seperti semalam juga pelumba yang menyertai kayuhan ini terdiri daripada 7 pelumba iaitu :

1. Afiq Huznie Othman
2. Akmal Hakim Zakaria
3. Asyraf Naim Ying
4. Ahmad Muazzam Iman
5. Muhammad Izat Tolha
6. Daniel Haikkal
7. Eiman Firdaus

Mereka diiringi oleh seorang jurulatih dan seorang mekanik iaitu :

1. Muhammad Azri bin Yusoh - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
2. Mustakim Abdul Kadir - Mekanik Pelapis Kebangsaan

Laluan yang dilalui adalah: 

1. Bukit Katil, Melaka
2. Ayer Keroh, Melaka
3. Durian Tunggal, Melaka
4. Rembau
5. Seremban
6. Kajang
7. Majlis Sukan Negara

Sepanjang kayuhan mereka terdiri dari beberapa effort antaranya adalah:
E1 - 160km (speed purata 35km/j)
E2 - 30km x 2 (speed purata 45km/j)
      - individu 4km x 2 ( Kayuhan secara individu di belakang 10m dari kumpulan yang membuat effort E2 )
E3 -10km (speed purata 53km/j)

Pada keseluruhannya kesemua pelumba dapat menghabiskan kayuhan dengan baik mengikut program yang dirancang. Pada sesi petang pula, latihan kayuhan roller 45 minit recovery diadakan. Esok stage 3 merupakan kayuhan dari Majlis Sukan Negara ke Temerloh, Pahang.
Jarak yang akan dilalui adalah sejauh 180km.

Laporan Oleh,
Muhammad Azri bin Yusoh
Jurulatih Sukan Berbasikal Pelapis Kebangsaan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.