Sunday, October 13, 2013

World Archery Youth Championship 2013: 12 Oktober 2013


Salam 1 Malaysia

World Archery Youth Champions 2013 telah masuk pada hari kedua dengan hari ini dijalankan latihan rasmi bagi semua pasukan yang bertanding. Latihan yang diadakan di Wuxi Sport Center Stadium yang terletak 35 minit dari hotel penginapan  menyebabkan atlet berasa penat dan mengantuk sepanjang perjalanan. 

Pada sebelah pagi latihan diadakan dapat dilihat kesemua atlet masih mencari rentak untuk  menyesuaikan diri  dengan keadaan cuaca yang sejuk dan berangin. Jurulatih telah mengingatkan semua atlet untuk memberi tumpuan dan fokus sepanjang latihan dijalankan. Pada sebelah petang keadaan cuaca hamper sama dengan cuaca sejuk 16 darjah celcius. 

Latihan pada sebelah petang menunjukkan sedikit peningkatan dimana atlet telah dapat menyesuaikan diri  keadaan cuaca. Setelah selesai latihan pada sebelah petang dapt dilihat para atlet kita sedikit keletihan. 

Pada 13 Oktober 2013(Ahad) akan diadakan majlis perasmian pada sebelah pagi diikuti dengan latihan rasmi dan pemeriksaan peralatan.Setakat hari ini jumlah penyertaan adalah sebanyak 66 buah negara yang telah mengesahkan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 

Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar laporan kerana masalah Wi-Fi dan internet di hotel penginapan dan Stadium tidak stabil dan banyak sekatan daripada kerajaan China terutama pada laman sesawang Google dan Facebook yang diharamkan di Negara China.

Sekian daripada Wuxi untuk laporan hari kedua.

Saturday, October 12, 2013

World Youth Archery Championship: 11 Oktober 2013

Salam 1 Malaysia
Pasukan Pelapis YOG telah memulakan misi untuk melayakkan diri ke Youth Olympic Games di Nanjing pada tahun 2014. Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih Marbawi Sulaiman dan Wan Khamizam yang juga bekas pemanah Olympic negara telah bertolak dari KLIA pada jam 8.20 mlm 10 Oktober 2013 ke Guangzhou. Setiba di Guangzhou pasukan ini terpaksa menunggu selama 8 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Wuxi yg mengambil masa selama 2jam setengah.
Pasukan negara telah dibawa ke Ramada Plaza Hotel  yg merupakan salah satu penginapan rasmi kejohanan ini. Cuaca di Wuxi pada waktu petang sangat sejuk  serta berangin dan suhu menjangkau 14 darjah.  pada waktu malam semua atlet berehat selepas menjalani perjalanan yang panjang.
Sekian KK melaporkan dari Wuxi untuk laporan hari pertama.

6th EGAT Prince's Cup

ssalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasukan Pelapis MSNM telah selamat tiba di Ubon Ratchathani pada jam 5.10 petang waktu tempatan. Ketibaan kami disambut oleh wakil Thailand Amateur Weightlifting Association (TAWA) dan kami terus dibawa ke penginapan rasmi di Nevada Hotel, Ubon Ratchathani. 

Transit selama 7 jam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok menyebabkan atlet agak keletihan. Tiada aktiviti untuk malam ini bagi membolehkan atlet berehat secukupnya. 

Jadual bagi hari esok adalah mesyuarat pengurus pasukan pada jam 10.00 pagi, latihan bebas untuk atlet pada jam 2.30 petang dan pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam bagi pasukan-pasukan yang menyertai 6th EGAT Prince's Cup kali.

Sekian sahaja laporan dari Ubon Ratchathani. 

Shaif Baharuddin

Monday, October 7, 2013

ASIAN SHOTGUN CHAMPIONSHIP 2013.


Hi All,

Greetings from Almaty, Kazakhastan.

I am pleased to inform that Benjamin came in 2nd placing in the Junior event of the " Open Championship of the Union" , basically the former Soviet Union States.

The junior event for the Asian Shotgun Championship was cancelled as 10 shooters from 5 different countries were required before the event can go ahead.

Had the event too place, Ben would have been 1st.

The sweetest result of Ben's win is he beat the Junior World Champion! The World Junior Champ was in 3rd placing.

Ben was shooting so well in the Senior Category of the Asian Shooting Champ 
that he was placed 3rd after 3 of the 5 rounds. He was affected by bad refeering on his 4th round and came in 10 overall in the senior category.

Although it is Ben's first outing at Asian level since Jan 2012, he did well to beat some prominent names which includes World Champion and 4th placed London Olympic Double Trap shooter.

His next comp is the Thailand Open which will be held on 14 & 15th Oct.

Full report will be provided later.

Best regards,

Edward Khor

Sunday, October 6, 2013

Acc track asia cup 2013 thailand round.


Kejohanan Track Asia Cup 2013 Thailand Round

2 pungutan pingat emas berjaya diperolehi setakat jam 6.00 petang. Menerusi acara sprinten elit dan junior.

Men sprint elit
Emas- Josiah Ng
Perak- Azizul Hasni Awang

Men sprint Junior
Emas- Muhd shah firdaus Sahrom
Perak- Korea
Gangsa-Hong Kong.

2 pingat emas dari pasukan pelapis kejohanan Track Asia Cup 2013 Thailand Round


Kejohanan Track Asia Cup 2013 Thailand Round.

Di beritakan 2 atlet pelapis kebangsaan telah memenangi pingat emas bagi kategori masing- masing untuk hari ini. Berikut adalah pemenang pemenang.

Acara 1km men junior
Pingat emas
Irwandie lakasek Malaysia

Pingat perak
Hong Kong Kong

Pingat Gangsa
Korea

Individu Pursuit men junior
Pingat emas
Muhd Farid Razali Malaysia

Pingat Perak
Korea

Pingat Gangsa
Hong Kong.

Wednesday, October 2, 2013

BENGKEL PENYELARASAN SUKAN FASA II PROGRAM PELAPIS NEGERI 2013



Bengkel ini telah melibatkan 5 jenis sukan iaitu Berbasikal, Akuatik terjun, Olahraga, Gimrama dan Taekwando yang terdiri daripada 68 orang jurulatih dan 16 orang pegawai bermula pada 01-03 Oktober 2013 di KSL Hotel, Johor Bahru.


Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi membolehkan penyelarasan program dilakukan disetiap peringkat iaitu Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri.


Program ini telah disempurnakan dengan ucaptama oleh Tuan Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin dan seterusnya membentangkan tentang perancangan untuk jangka masa panjang program Cawangan Pelapis.

Pada sesi malam, pengurus sukan akan membentangkan dan membincangkan status terkini tentang pelaksanaan program Pelapis seperti program binaan,kejohanan, kelayakan atlet ke program utama dan isu semasa.


Sekian, Terima kasih


Rashid Ramli