ssalamualaikum dan salam sejahtera.
Pasukan Pelapis MSNM telah selamat tiba di Ubon Ratchathani pada jam 5.10 petang waktu tempatan. Ketibaan kami disambut oleh wakil Thailand Amateur Weightlifting Association (TAWA) dan kami terus dibawa ke penginapan rasmi di Nevada Hotel, Ubon Ratchathani.
Transit selama 7 jam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok menyebabkan atlet agak keletihan. Tiada aktiviti untuk malam ini bagi membolehkan atlet berehat secukupnya.
Jadual bagi hari esok adalah mesyuarat pengurus pasukan pada jam 10.00 pagi, latihan bebas untuk atlet pada jam 2.30 petang dan pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam bagi pasukan-pasukan yang menyertai 6th EGAT Prince's Cup kali.
Sekian sahaja laporan dari Ubon Ratchathani.
Shaif Baharuddin
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.