Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan di Ubon Ratchathani dan wakil tunggal negara, Siti Aisyah Md Rosli akan bertanding di dalam kategori 75kg Wanita bersama 14 peserta yang lain.
Bagi hari terakhir, pasukan Malaysia hanya mampu menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara snatch dengan angkatan sebanyak 78kg. Manakala bagi acara clean and jerk pula, Siti Aisyah sekadar menduduki tangga ke 7 dengan angkatan sebanyak 99kg.
Berikut merupakan keputusan bagi acara yang disertai oleh atlet Malaysia.
75kg Wanita
Snatch
1. Thailand - 92kg
2. Thailand - 91kg
3. Siti Aisyah Md Rosli (MAS) - 78kg
Clean and Jerk
1. Thailand - 110kg
2. Thailand - 107kg
3. Thailand 107kg
7. Siti Aisyah Md Rosli (MAS) - 99kg
Keseluruhan
1. Thailand - 202kg
2. Thailand - 198kg
3. Thailand - 183kg
6. Siti Aisyah Md Rosli (MAS) - 177kg
Di sebelah malam pula, majlis makan malam sempena upacara penutupan telah diadakan dan dihadiri oleh semua pasukan yang menyertai. Pasukan Malaysia telah mendapat tempat kedua bagi kategori "Pasukan Lelaki Terbaik" di belakang Sekolah Sukan Nakhon Si Thammarat. Disamping itu juga, jurulatih Stefan Hristov Stefanov telah mendapat "Anugerah Kehormat - Jurulatih Lelaki" pada majlis makan malam tersebut.
Pasukan ini akan berlepas pulang ke tanah air pada esok dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 malam.
Sekian sahaja laporan dari Ubon Ratchathani, terima kasih.
Sha'if Baharuddin
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.