Sunday, October 13, 2013

Laporan 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, pasukan Angkat Berat MSNM akan menyertai 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013 yang akan berlangsung di Ubon Ratchathani, Thailand pada 12 hingga 19 Oktober 2013. Pasukan ini disertai seramai 7 orang atlet lelaki dan 3 orang atlet wanita.

Pasukan ini telah berlepas ke Bangkok pada 12 Oktober yang lepas jam 8.15 pagi sebelum bertolak ke Ubon Ratchathani menerusi penerbangan seterusnya jam 4.05 petang waktu tempatan. Ketibaan kami disambut oleh wakil Thailand Amateur Weightlifting Association (TAWA), Dr. Sirilak Thatman dan juga urusetia kejohanan. Kami seterusnya dibawa ke penginapan rasmi di Nevada Hotel, Ubon Ratchathani.

Pada pagi ini, mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan di venue pertandingan iaitu Muang Samsip School, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari penginapan rasmi. Mesyuarat pengurus pasukan dipengerusikan oleh Presiden TAWA, Mejar Jeneral Intarat Yodbangtoey. Sebanyak 4 negara yang menyertai edisi kali ini iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Penyertaan atlet pula adalah seramai 308 orang atlet. Selepas mesyuarat, kami dibawa untuk melawat dewan pertandingan dan kawasan latihan.

Bagi sesi petang, para atlet dibawa bagi menjalani latihan dan seterusnya kami dibawa ke majlis makan malam 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013.

Bagi pertandingan hari pertama esok, dua orang atlet Malaysia akan bertanding dalam kategori 56kg Lelaki iaitu Mohd Aznil Bidin (PK) dan Callixtus Daunis (PS) pada jam 5.00 petang.

Sekian  sahaja laporan dari Ubon Ratchathani. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.