Salam 1 Malaysia
World Archery Youth Champions 2013 telah masuk pada hari kedua dengan hari ini dijalankan latihan rasmi bagi semua pasukan yang bertanding. Latihan yang diadakan di Wuxi Sport Center Stadium yang terletak 35 minit dari hotel penginapan menyebabkan atlet berasa penat dan mengantuk sepanjang perjalanan.
Pada sebelah pagi latihan diadakan dapat dilihat kesemua atlet masih mencari rentak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang sejuk dan berangin. Jurulatih telah mengingatkan semua atlet untuk memberi tumpuan dan fokus sepanjang latihan dijalankan. Pada sebelah petang keadaan cuaca hamper sama dengan cuaca sejuk 16 darjah celcius.
Latihan pada sebelah petang menunjukkan sedikit peningkatan dimana atlet telah dapat menyesuaikan diri keadaan cuaca. Setelah selesai latihan pada sebelah petang dapt dilihat para atlet kita sedikit keletihan.
Pada 13 Oktober 2013(Ahad) akan diadakan majlis perasmian pada sebelah pagi diikuti dengan latihan rasmi dan pemeriksaan peralatan.Setakat hari ini jumlah penyertaan adalah sebanyak 66 buah negara yang telah mengesahkan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar laporan kerana masalah Wi-Fi dan internet di hotel penginapan dan Stadium tidak stabil dan banyak sekatan daripada kerajaan China terutama pada laman sesawang Google dan Facebook yang diharamkan di Negara China.
Sekian daripada Wuxi untuk laporan hari kedua.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.