Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini, Malaysia meneruskan cabaran di Thailand dalam acara 62kg Lelaki bagi sesi pagi dan diwakili oleh Constantine Clement (PK) dan Mohd Dinie Akmal Mat Lazat (PN).
Constantine dan Mohd Dinie Akmal telah berjaya mengharumkan nama negara dengan menghadiahkan 5 butir pingat iaitu 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa bagi kategori 62kg Lelaki. Keputusan adalah seperti yang berikut:
62kg Lelaki
Snatch
1. Constantine Clement - 120kg
2. Mohd Dinie Akmal - 117kg
3. Thailand - 115kg
Clean and Jerk
1. Thailand - 154kg
2. Mohd Dinie Akmal - 143kg
3. Thailand - 138kg
4. Constantine Clement - 137kg
Keseluruhan
1. Thailand - 261kg
2. Mohd Dinie Akmal - 260kg
3. Constantine Clement - 257kg
Bagi sesi petang pula, lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Muang Samsip School buat pertama kalinya apabila wakil negara, Muhammad Azril Huzairi Ramli (PK) berjaya menyapu bersih 3 pingat emas dalam kategori 69kg Lelaki. Berikut adalah keputusan bagi kategori tersebut:
69kg Lelaki
Snatch
1. Muhammad Azril Huzairi - 130kg
2. Thailand - 121kg
3. Thailand - 120kg
Clean and Jerk
1. Muhammad Azril Huzairi - 152kg
2. Thailand - 150kg
3. Thailand - 148kg
Keseluruhan
1. Muhammad Azril Huzairi - 282kg
2. Thailand - 270kg
3. Thailand - 269kg
Setakat hari ini, pasukan Angkat Berat Pelapis telah berjaya mengutip sebanyak 4 pingat emas, 3 perak dan 2 gangsa. Bagi acara esok, Malaysia akan bertanding di dalam 2 kategori iaitu 58kg Wanita yang diwakili oleh Nur Fariesha Irwana Mohd Supian (PS) manakala bagi 63kg Wanita pula diwakili oleh Nur Shafia Irwanie Mohd Supian (PS).
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.