Monday, October 14, 2013

Laporan Hari Pertama Pertandingan 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, hari ini bermulalah cabaran negara di 6th EGAT Prince's Cup Junior Weightlifting Championship 2013 di Ubon Ratchathani, Thailand. Majlis perasmian juga berlangsung pada hari ini dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ubon Ratchathani, Supachai Srila.


Untuk hari ini, pasukan angkat berat Pelapis MSNM memulakan cabaran menerusi acara 56kg Lelaki pada jam 6.00 petang di mana Mohd Aznil Bidin (PK) dan Callixtus Daunis (PS) menggalas tanggungjawab untuk menghadiahkan pingat pertama negara.

Walaubagaimanapun, Malaysia hanya berjaya mengutip 1 pingat gangsa menerusi Mohd Aznil Bidin (total) dengan jumlah angkatan keseluruhan 233kg. Berikut merupakan keputusan bagi kategori yang melibatkan atlet Malaysia.


Kategori Snatch
1. Thailand - 120kg 
2. Thailand - 105kg
3. Thailand - 104kg
4. Mohd Aznil Bidin -103kg
7. Callixtus Daunis - 100kg

Kategori Clean and Jerk
1. Thailand - 145kg
2. Thailand - 130kg
3. Thailand - 130kg
4. Mohd Aznil Bidin - 130kg
7. Callixtus Daunis - 122kg

Kategori Keseluruhan
1. Thailand - 265kg
2. Thailand - 235kg
3. Mohd Aznil Bidin - 233kg
7. Callixtus Daunis - 222kg

Bagi hari esok, cabaran diteruskan menerusi acara 62kg Lelaki pada pagi esok menerusi Constatine Clement (PK) dan Mohd Aznil Bidin (PN) manakala disebelah petang dalam kategori 69kg Lelaki menerusi Mohd Azril Huzairi Ramli (PK).

Sekian sahaja laporan dari Ubon Ratchathani, terima kasih.


Sha'if Baharuddin

--
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PPA ( P16 )
Cawangan Pelapis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.