Wednesday, October 2, 2013
BENGKEL PENYELARASAN SUKAN FASA II PROGRAM PELAPIS NEGERI 2013
Bengkel ini telah melibatkan 5 jenis sukan iaitu Berbasikal, Akuatik terjun, Olahraga, Gimrama dan Taekwando yang terdiri daripada 68 orang jurulatih dan 16 orang pegawai bermula pada 01-03 Oktober 2013 di KSL Hotel, Johor Bahru.
Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi membolehkan penyelarasan program dilakukan disetiap peringkat iaitu Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri.
Program ini telah disempurnakan dengan ucaptama oleh Tuan Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin dan seterusnya membentangkan tentang perancangan untuk jangka masa panjang program Cawangan Pelapis.
Pada sesi malam, pengurus sukan akan membentangkan dan membincangkan status terkini tentang pelaksanaan program Pelapis seperti program binaan,kejohanan, kelayakan atlet ke program utama dan isu semasa.
Sekian, Terima kasih
Rashid Ramli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.