Sunday, September 11, 2011

Badminton: Malang bagi Zulfadli, Joo Ven

Badminton: Malang bagi Zulfadli, Joo Ven


DOUGLAS, Isle of Man (United Kingdom) - Malang menimpa dua pemain badminton, Zulfadli Zulkiffli dan Soong Joo Ven di Pusat Sukan Nasional (NPC) di sini tengah hari Sabtu.

Zulfadli, pilihan utama, bertarung sengit tiga set dalam suku akhir perseorangan lelaki sebelum menumbangkan Pratul Joshi dari India 21-13, 19-21, 21-19 yang menyaksikan pemain negara mengalami kecederaan di kaki.

Kemudian dalam beregu, pemain berusia 18 itu yang berpasangan dengan Joo Ven, atas nasihat pengurusan pasukan, terpaksa memberikan kemenangan percuma dalam suku akhir kepada pemain England, Ryan McCarthy-Tom Wolfenden.

Terdahulu, Joo Ven tumbangkan kepada pilihan kedua dari India, Sameer Verma 12-21, 18-21 dalam satu lagi suku akhir perseorangan lelaki.

Tanpa diduga, dua pasangan beregu campuran, Nelson Heg-Lee Meng Yean berhempas pulas mengetepikan barisan Kanada, Nyi Yakura-Tsai Wan-Ting 17-21, 21-13, 21-16. Teo Ee Yi-Chow Mei Kuan pula mudah menyingkir pilihan utama beregu campuran dari India, Nagendra Babu-Saili Rane 21-13, 21-15 untuk ke separuh akhir.

Dua pemain perseorangan perempuan, Sonia Cheah dan Yang Li Lian turut bergaya ke separuh akhir. Sonia menghentikan kemaraan Jordan Hart dari Wales dengan 21-13 dan 21-11. Li Lian pula mengatasi Emily Westwood dari England 21-15, 21-13.

Dalam perlumbaan basikal lebuh raya sejauh 60 kilometer, Ju Pha Som Net hanya menduduki tempat kelapan acara perempuan. Pemenang ialah Lucy Garner dari England. Skuad England juga memenangi emas acara berpasukan.

Tiga perenang layak ke babak akhir acara renang setelah mengharungi saringan pagi Sabtu. Erika Kong Chia Chia menerusi acara 50m kuak dada, Tern Jia Han dan Chi Chia Khian dalam 100m kuak kupu-kupu).

ROSMANIZAM ABDULLAH
Ketua Kontinjen
Sukan Belia Komanwel IV
di Isle of Man
Tel: +44.7624.305855

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.