Sunday, September 11, 2011
Laporan Mesyuarat Pengurus Sukan Kej Olahraga Terbuka Negeri Sembilan pada 9 September 2011
Salam 1 Malaysia
Mesyuarat Pengurus Sukan bagi Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan bermula jam 3.15 pm bertempat di bilik mesyuarat Stadium Paroi Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh En M.A.A Anthonysamy. Kejohanan akan berlangsung pada 10-11 September 2011 di Stadium Paroi Seremban.
Kejohanan telah disertai oleh atlet-atlet daripada Pelapis negeri, atlet Pelapis Kebangsaan, atlet Serantau dan lain-lain atlet dr Sek Sukan Negeri dan kelab -kelab luar. Anggaran keseluruhan atlet adalah seramai 388 atlet lelaki dan 215 atlet wanita untuk 42 pasukan keseluruhan.
Jumlah penyertaan atlet pelapis :-
Atlet pelapis negeri - 105 org
Atlet pelapis serantau - 26 org
Atlet pelapis Keb - 17 org
Pada mesyuarat tersebut masih terdapat pertukaran dan penambahan nama atlet sebelum keputusan mesyuarat dibuat dan mesyuarat telah bersurai jam 4.30pm dengan sebulat suara. Pada keesokan harinya akan berlangsung acara 10,000 meter jalan kaki lelaki bermula tepat jam 7.30am.
Sekian, terima kasih
Norishah Sabidi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.