Tarikh : 21 September 2011 ( Rabu )
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan, Johor
Hari keempat Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seperti kebiasaan iaitu pada jam 7.00 pagi atlet dan jurulatih berhimpun untuk menyanyikan lagu Negaraku dan taklimat program hari tersebut. Pada jam 7.30 pagi atlet menikmati sarapan pagi dan meneruskan latihan seperti biasa mengikut sukan. Antara ceramah yang bermula pada sesi pagi adalah berkaitan pemakanan yang disampaikan oleh Cik Dura dari unit Pemakanan ISN SSTMI. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi garis panduan berkenaan makanan yang seimbang bagi seorang atlet serta pengambilan kabohidrat, protein,vitamin dan sebagainya. Pada sesi petang bersambung dengan ceramah dari Cawangan Hal Ehwal Atlet bertajuk “Overview HEA dan Kaunseling” yang disampaikan oleh Cikgu Choo dan Ustazah Noorulhuda. Antara perkara –perkara yang disampaikan berkenaan kepentingan Cawangan Hal Ehwal Atlet yang merangkumi insentif kemenangan,peluang kerjaya,khidmat kaunseling serta peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pada jam 5.00 petang selepas selesai sesi ceramah semua atlet diarahkan bergotong royong mengemas persekitaran ASZS bagi persiapan jamuan hari raya manakala jurulatih menghadiri ceramah berkaitan prosedur dan pelaporan serta pengurusan jurulatih. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Zawawi Zakaria Pengarah Bahagian Kejurulatihan. Sesi ceramah tamat pada jam 6.30 petang. Di kesempatan kem ini, USPTN Johor dengan kerjasama Unit Pelapis Serantau turut mengadakan jamuan hari raya yang diadakan tepat jam 8.30 malam. Majlis ini dapat mengeratkan silahturahim antara akademi dan pusat latihan serta agensi-agensi lain seperti JPN Johor, Pihak Sekolah, Perbadanan Stadium Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor. Ucapan terima kasih kepada ketua Unit dan kakitangan USPTN Johor yang telah menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya.
Sekian
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.