Hari keempat Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun Sirkit 2/ 2014 telah berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Sesi ini telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Menembak Johor iaitu En. Ng Kuang Wan dan telah berakhir pada jam 11.00 pagi.
Secara kesimpulannya, kejohanan ini telah membuktikan bahawa atlet-atlet dari semua negeri mampu memberikan saingan yang baik. Walaubagaimanapun atlet-atlet Pahang telah menunjukan penguasaan mereka dalam sukan menembak dengan memperolehi 5 pingat emas dari 8 yang dipertandingkan. Namun dari segi skor pemarkahan atlet-atlet ini masih lagi tidak mampu untuk mencapai tahap yang diperlukan untuk diserapkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Di harap pada edisi yang akan datang atlet-atlet ini mampu untuk menunjukan keputusan yang lebih cemerlang agar negara Malaysia tidak ketandusan dalam melahirkan atlet-atlet menembak yang bertaraf dunia.
Sekian.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.