18 September 2014
Hari ini merupakan hari ketiga Kem Bakat Sukan Sepak Takraw. Aktiviti pagi dimulakan dengan Ujian Kecergasan yang mana melibatkan semua atlet yang menyertai kem ini. Ujian Kecergasan (Fitness Test) diadakan di Dewan Biomekanik, Institut Sukan Negara yang dikendalikan oleh Unit Fisiologi Senam Institut Sukan Negara (ISN).
Setelah sesi ujian kecergasan, semua atlet kembali ke Kompleks Sukan MSN Keramat untuk menyambung sesi Analisa Permainan pada jam 2:00 petang yang dikendalikan oleh En. Pharmy Abd. Jalil dari Unit Performance Solutions, ISN.
Sejurus sesi Analisa Permainan, semua atlet masuk ke dalam dewan untuk latihan kemahiran asas spesifik penerimaan bola bagi tekong, apit kanan (perejam) dan apit kiri (penghantar). Satu Perlawanan persahabatan bersama skuad wanita kebangsaan telah diadakan atas permintaan ketua jurulatih wanita kebangsaan. Pasukan regu wanita akan bertolak ke Incheon, Korea Selatan pada 26 September 2014 ini nanti.
Pada sebelah malam pula, satu sesi "Team Building" telah diadakan untuk membina semangat sepasukan antara atlet-atlet dalam kem. Aktiviti berakhir pada jam 10:00 malam. Seterusnya esok aktiviti bersambung pada jam 7:00 pagi yang akan dimulakan dengan latihan spesifik asas.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANGPENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.