19 September 2014
Seperti biasa perhimpunan pagi telah diadakan pada jam 6:45 dengan nyanyian lagu Negara-Ku dan bacaan doa. Setelah itu, aktiviti seterusnya adalah ' slow jog' selama 10 minit dan dikuti oleh regangan otot. Sebelum atlet bersurai untuk sarapan pagi, satu aktiviti spesifik untuk kekuatan otot kaki telah dilaksanakan iaitu latihan jeda.
Selepas sarapan, latihan asas spesifik telah dilaksanakan oleh Jururlatih Prawet iaitu Kawalan Bola dengan menggunakan kepala, peha dan sepak 'sudu'. Beliau di bantu oleh Hj Ismail, Ahmad Jais, Ku Jaisman dan 3 lagi atlet dari Elit.
Sesi petang bermula pada jam 3:00 petang dengan En. Pharmy (ISN) dalam sesi Analisa Permainan. Disini video perlawanan-perlawanan sepaktakraw dimainkan dan atlet-atlet perlu meneliti kekuatan dan kesilapan yang dilaku oleh pemain tersebut. Sejurus sesi analisa tersebut, atlet bersambung di dewan untuk latihan teknik asas pergerakkan semasa melakukan rejaman (untuk apit kanan), umpanan (untuk apit kiri) dan menyepak (untuk tekong).
Pada sebelah malam satu sesi motivasi bertajuk 'Jatuh Bangun Semula' oleh penceramah jemputan En. Suhardi Alias, Pengarah Cawangan Organisasi MSN.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.