Tarikh : 18 September 2014
Tempat : Simpang Pulai Perak
Tempat : Simpang Pulai Perak
Sesi latihan pagi ini melibatkan aktiviti Ujian Masa. Acara yang melibatkan Perseorangan sejauh 11 km yang bermula dari Simpang Pulai ke Kg. Pos Raya. Kesemua peserta diwajibkan mengambil bahagian dan semua peserta berjaya menghabiskan Ujian tersebut. Ujian Masa ini diadakan adalah untuk mengenalpasti atlet-atlet yang boleh menyertai acara Endurance terutamanya dalam acara Team Pursuit, Individu Pursuit dan Individu Time Trial.
Selain itu, semalam juga diadakan program TID yang mana dijalankan oleh pihak dari ISN Perak di dewan Hoki Dewan Majlis Sukan Negeri Perak. Dalam Ujian tersebut terdapat beberapa atlet mencapai tahap yang baik dalam ujian Bleep Test iaitu level 11 dan Board Jump tertinggi ialah 2.7 meter.
Dalam kem latihan ini, atlet pelapis Kebangsaan dan Serantau Ipoh turut menjalani latihan bersama dari Ipoh ke Bukit Raja. Esok pagi Ujian Masa Berpasukan akan diadakan sejauh 5km di Batu Gajah dan scratch race diadakan sebelah petang.
LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMEDPENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.