Pasir Gudang, 11 September 2014 - Hari ini semua pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sirkit Remaja Kebangsaan 2/ 2014 melapor diri di Pasir Gudang, Johor.
Pada jam 8:00 malam, satu Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan di Bilik Seminar Stadium Majlis Perbadanan Pasir Gudang. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Syafiq Hassan, Penolong Majlis Sukan Negeri Johor. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tuan Haji Khalid, Setiauasha Persatuan Sepak Takraw Johor merangkap Ketua Pengadil Kejohanan, En. Affendy Ahmad Ketua Teknikal, En. Khairul Azwan Pengurusan Acara MSN serta Cik Siti Radziah Ketua Unit USPTN Negeri Johor.
Dengan kerjasama semua pihak yang hadir mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar. Sistem kiraan yang akan digunapakai dalam kejohanan nanti ialah mengikut kiraan ISTAF iaitu perlawanan 3 set dengan kiraan mata 21.
Kesemua pusat latihan dibawah program pelapis negeri menyertai kejohanan kali ini kecuali Pahang yang tidak menghantar penyertaan. Pasukan-pasukan adalah seperti berikut:
1. Perlis
2. Kedah
3. P. Pinang
4. Perak
5. Selangor
6. N. Sembilan
7. Melaka
8. Johor ( SSTMI )
9. Johor ( Tangkak )
10. Terengganu
11. PASTA
12. Kelantan
13. Sabah
Perlawanan pada 12 September akan bermula pada jam 8:00 pagi dengan dimulai dari kategori bawah 18 tahun Antara Regu.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM
Salam ziarah
ReplyDelete