Wednesday, May 2, 2012
KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012
Friday, April 27, 2012
Laporan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2012 Peringkat Separuh Akhir.
Masa : 2:00 pm-7:00 pm
Tempat : MSN Keramat
Perlawanan tinju pada hari ini telah memasuki peringkat separuh akhir yang mana 17 bout dipertandingkan. Berikut merupakan keputusan peringkat separuh akhir :
Kat 46 kg
1. Mohd Wafi Ibrahim (SAB) kalahkan Mohd Mulyazie (KEL) -RSC
2. Syahrul Effendi Abd Aziz (PRK) kalahkan Mohd Faizar Mahmud (KED)-mata 25-10.
Kat 49 kg
1. Shewelday Urin (SAB) kalahkan Md Azman Abd Samad (JOH) mata 10-8.
2. Mohd Fuad Mohd Redzuan (NS/Elit) kalahkan Mohd Amirul Asraf (PP/PS) mata 24-5.
Kat 52 kg
1. Ilham Mohamad (KEL) kalahkan Muhamad Hazizul Hakim (JOH) mata 10-4.
2. Jagadish a/l Alongoyan (PP) kalahkan Abdul Hamid Muis (PRK) mata 15-4.
Kat 56 kg
1. Wan Mohd Ridzuan (MEL) kalahkan Muhamad Fitri Abu Bakar (PAH) mata 13-12.
2. Mohd Azman Mohd Azhar (KEL) kalahkan Mohd Al Qayyum (KED) mata 5-5.
Kat 60 kg
1. Mohd Haifizi (PAH) kalahkan Syazwan Shah Omar (JOH/PS) mata 12-6.
2. Sahrin Baharim kalahkan Ahmad Abrar (PRK) -RSC.
Kat 64 kg
1. Khairol Kalai (SBH/PK) kalahkan Rafael Mikael (PP/PK) mata 18-12.
2. Abd Awadullah Adnan (NS/PK) kalahkan Nik Mohd Akhbar (TRG)-menang tanpa bertanding.
Kat 69 kg
1. Mohd Hanafi Fairuz (NS/PK) kalahkan Wan Abdul Wan Ibrahim (TRG) -RSC
2. Rizzo Antalimus (PRK) kalahkan Norazman Atan (PAH) mata 22-10.
Kat 75 kg
1. Mohd Fikri Zulkifli (PRK) kalahkan Faizarizan Kusin (SBH) mata 11-4.
2. Ramkumar a/l Govindasamy (PP) kalahkan Mohd Afiq Ibrahim (PAH) mata 18-7
Kat 81 kg
1. Kubendhran Chandrasegaran (PP) kalahkan Nik Shahrom Nik Kairon (PHG)
Esok (27 April 2012) akan diadakan perlawanan akhir pada jam 8:00 malam. Sebanyak 9 bout akan berlangsung.
Sekian.
LAPORAN HARIAN KEM LATIHAN ACC JUNIOR 2013
TARIKH:27 APRIL 2012
Thursday, April 26, 2012
Laporan Kem Latihan ACC 2013
Tarikh:24 april 2012
Tempat :velodrome rakyat ipoh
Hari ini merupakan hari kedua kem latihan diadakan. Sesi pagi dimulakan di dalam trek pada jam 9.00 pagi. Sesi latihan pagi ini agak mendukacitakan kerana 2 atlet terlibat didalam pelanggaran semasa sesi pemanas badan. Dua atlet yang cedera iaitu nor azian maslin sazali dan nur jeha iwani roslan kedua-dua atlet pelapis pelapis kebangsaan telah di kejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya.
Kedua-dua atlet mendapat kecederaan di bahagian muka yang mana nurjeha mendapat jahitan bahagian dagu manakala nor azian mendapat jahitan di bawah lidah dan gusi.Kedua-kedua atlet telah dibenarkan pulang ke hotel setelah mendapat rawatan di hospital.
Sesi petang diadakan pada jam 3.00 ptg di velodrome dimana sesi kelas diadakan yang mana penekanan terhadap asas-asas kepada pengukuran saiz basikal dan kedudukan posisi badan diatas basikal. Selepas sesi kelas diadakan atlet dikehendaki menaiki trek untuk menjalani latihan seterusnya.
Latihan diatas trek hanya dapat dilakukan selama sejam memandangkan hujan turun dan latihan terpaksa ditangguh keesokan harinya.
Keadaan atlet berkenaan baik dan memuaskan.
Sekian laporan dari ipoh.
Laporan Harian Kem Latihan ACC 2013
Monday, April 23, 2012
HARI KE 2- KEM BAKAT ANGKAT BERAT SIRI 1/12
Tarikh : 15 April 2012
7.30 pagi - 8.30 pagi
Aktiviti dimulakan dengan renggangan dan sedikit latihan kekuatan bagi otot perut dan belakang sebelum memulakan larian di trek stadium SMK Tunku.Anum. Selesai larian, atlet bersarapan dan berehat sebelum sesi latihan diteruskan pada jam 10.00 pagi.
10.00 pagi - 12.30 t/hari
Atlet diberikan program latihan oleh jurulatih Md Noor Osman iaitu standing snatch,double jerk press dan standing clean and jerk.
4.00 ptg - 6.00 ptg
Sesi petang bersambung dengan latihan standing snatch,clean squat dan clean pull. Sesi kali ini juga dihadiri oleh En. Izwan Zawaki dari unit Biomekanik ISN untuk merakam teknik @ pergerakan semasa melakukan snatch dan clean & jerk.
8.30 mlm - 10.30 mlm
Sesi pembentangan dan analisis pergerakan angkatan daripada En. Izwan daripada Unit Biomekanik ISN dan sesi rumusan daripada jurulatih Md Noor Osman.
Laporan disediakan oleh:
Adam Shazan Amir
HARI 3 - KEM BAKAT ANGKAT BERAT SIRI 1/12
Tarikh : 16 April 2012
7.30 pagi - 9.00 pagi
Latihan pagi dimulakan dengan larian 10 min dan renggangan. Kemudian atlet menjalani latihan di dewan latihan angkat berat. Latihan yang diberikan adalah back squat. Selesai latihan, atlet diberikan rehat dan latihan bersambung pada jam 4.00 petang.
4.00 petang - 6.30 petang
Sesi latihan petang diteruskan dengan latihan standing snatch combination (1 from platform, 1 hanging), standing clean & jerk dan free exercise.
8.00 malam - 10.30 malam
Aktiviti malam diselia oleh En. Salehin Abd. Jalil daripada unit Psychology ISN. Aktiviti malam ini adalah berbentuk self confidence dan relaxation.
Esok latihan bermula jam 7.30 pagi.
laporan disediakan oleh:
Adam Shazan Amir






































