Wednesday, July 29, 2009

KFC-Laxamana Reggatta 2009



Kejohanan Reggatta KFC- Tunku Laxsamana yang berlangsung baru-baru mencatat penyertaan terbesar setakat ini. Kejohanan yang berlangsung di Bagan Pinang, Port Dickson bermula 22 hingga 26 Julai 2009.

Penyertaaan peserta luar Negara pada kejohanan kali nyata diluar dugaan. Seramai 242 peserta dari 13 buah negara menyertai kejohanan kali ini. Selain Pasukan Elit Kebagsaan dan Pasukan Pelapis dari semua negeri turut serta kecuali Kelantan .

Manakala pasukan Iran merupakan kontingen paling ramai dengan 32 peserta. Pasukan luar negara yang turut serta adalah :
Hong Kong, Japan, Korea, Poland, Belgium, UAE, IRAN, India, Indonesia, Bahrin, China Taipei, Myarmar, Malaysia

Kehadiran peserta negara seperti Nik Qaedi Asraf, Khairul Nizam yang baru menjuarai Kejuaraan Laser Radial Eropah menambah saingan buat peserta luar negara.

Manakala dalam kelas Optimist jelas kehadiran peserta negara yang akan ke Brazil bagi menyertai kejohanan dunia akan di uji oleh beberapa dari negara seperti Hong Kong , Belgium dan UAE yang akan turut serta dalam kejohanan yang sama. Kehadiran Jaguh Asia seperti Faizal, Farhan , Ahmad Latif Khan dan Ahmad Shukri memang di nanti oleh pelayar optimist lain yang ingin mencabar kehebatan mereka.

Kejohanan kali merangkumi 12 Perlumbaan, antara kelas yang di pertandingkan adalah Int 470, Int 420, Laser Standred , Laser Radial, Laser 4.7 , Optimist dan Asses 2.3 (OKU).

Tamat saingan Optimist Kategori Wanita diungguli Nur Liyana Mohamad Latif dari pasukan MSN/MYA, kedua Aimi Afiqah Ahmad Basri, MSN Perak dan ketiga Nurshazrin Mohamad Latif, JYA.

Kategori Optimist Terbuka pula, Juara milik Ahmad Latif Ali Sabri Khan, MSN/MYA, Naib Juara Ahmad Syukri Abdul Aziz, MSN/MYA dan ketiga Nur Farhan Hamid juga dari MSN/MYA.

Optimist Tertutup Nessa dimenangi Muhammad Dzakiyy Yahaya, Kedua Muhamad Amirul Izham Hamdan dan Ketiga Muhammad Aqib Mohd Rafik.

Laser 4.7 juara milik Muhammad Ramlan dari Riau YC Kedua Mohd Norfhafizan Yusran, MDKL dan ketiga Faisal A. Aziz, Bahrian SC.

Laser Radial pula Juara Khairulnizam Mohd Afendy, MSN/MYA, Kedua Nur Amirah Hamid, MSN/MYA dan ketiga Nurul Elia Anuar, MSN Perak.

Manakala bagi kategori Laser 4.7 wanita, Juara Nur Dinie Rabiha Eddie Rosman, NEESA , kedua Sara Piasecka Hong Kong dan ketiga Izie Shahirah Zulkifli, PPL Perak.
Laser Radial wanita dimenangi oleh Nur Amirah Hamid, MSN/MYA, kedua Nurul Elia Anuar, MSN Perak dan Ketiga Mariyanti, Riau YC.

Bagi kategori Int 420 pula juara milik pasangan Mohd Haidir Mahat/Mohd Idham Izhar, MDKL, kedua Abdul Aziz Sarip/Mohamad Nazrin Muis Mohd Asri, NESSA dan ketiga pasangan Yan Cudennec/Akira Sakai, HEBE HAVEN YC.

Kelas Terbuka dimenangi pasangan Razman Mat Ali/Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri,MSN/MYA kedua pasangan Ku Anas Ku Zamil/Muhd Hanafi Nazaruddin, NESSA dan ketiga Mohd Karim Bakar/Mohd Adib Mohd Ariff, MAFSA.

Kategori Access 2.3 Juara milik Al Mustakim Matrin, MSN, kedua Shamsul Azli Mohamad, MSN dan ketiga Mustafah Junell juga dari MSN.

Majlis penyampaian hadiah dan penutup disempurnakan Tunku Laksamana, Tunku Naqiyuddin Tunku Jaafar yang juga Penaung Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan.

Terdahulu kesemua Pasukan luar negara yang menyertai kejohanan kali ini telah berada di Langkawi sejak 12 Julai bagi menyertai Klinic Latihan Antarabangsa anjuran Persatuan Pelayaran Kebangsaan.


Dikeluarkan oleh Silver Sports (M) Sdn Bhd bagi pihak Perasatuan Pelayaran Malaysia. Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi: Mohd Afendy Abdullah (Pengurus Besar, MYA) 0192296316 atau Anuar Idris (Silver Sports) 0173278962

Please notes that the entry sent by MYA to us

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.