Thursday, October 20, 2011

HARI KE-5 (TERAKHIR) KEM BAKAT BERBASIKAL TREK LELAKI PELAPIS 01/2011


Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : Veledrome Rakyat Ipoh, Perak

Hari ini merupakan hari terakhir kem bakat berbasikal trek pelapis. Seperti kem-kem lepas, satu kejohanan yang dipanggil MINI COMPETITION akan diadakan sesama peserta-peserta kem ini. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk menilai semula pencapaian dan prestasi atlet-atlet yang terlibat. Disamping itu juga, para jurulatih ingin melihat sejauh mana pemahaman atlet tentang segala teknik dan latihan yang diberikan sepanjang tempoh kem ini berlangsung. Jurulatih Rosli Salleh telah diberi tanggungjawab sebagai ketua komisar pada mini competition ini.

ACARA PADA SEBELAH PAGI

1. 200M TIME TRIAL
2. INDIVIDUAL PURSUIT
3. ELIMINATION RACE

ACARA PADA SEBELAH PETANG

1. 500M TIME TRIAL
2. SCRATCH RACE

Bagi acara Elimination Race, satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan 4 orang pelumba. Seorang pelumba dari perlis iaitu Mohd Hakimi Mohd Khir telah mengalami kecederaan yang agak serius dan disahkan patah tulang pergelangan tangan kanan dan 3 orang yang lain hanya mengalami kecederaan biasa. Hasil bantuan pantas dari Unit ISN MSN Perak dan pihak Hospital, atlet ini dibawa terus ke Unit Kecemasan Hospital Ipoh dan tangan beliau terpaksa disimen. Pihak Hospital juga telah mengeluarkan surat rawatan susulan di negeri Perlis. Tindakan susulan akan memaklumkan kepada ahli keluarga atlet tersebut. Bagi acara-acara lain, ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual.

Untuk penutup program, para jurulatih dan atlet dikumpulkan semula untuk sesi penyampaian hadiah pertandingan dan sijil penyertaan. Ucapan penghargaan dan amanat dari setiap jurulatih merupakan penutup kem bakat pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Jurulatih iaitu Cikgu Suod, Jurulatih Penuh Masa(JPM), Jurulatih Sambilan(JSM) dan mekanik dari program Cawangan Pelapis yang telah sama-sama menjayakan kem pada kali ini. Semoga kem ini mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan sukan Berbasikal negara.

-- 
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.