Berikut adalah maklumat ringkas sepanjang program dijalankan.
Program : Latihan Bersama Pelapis Perak (Attachment Traning) - Sukan Memanah
Tarikh : 23 sehingga 25 Oktober 2011
Tempat : SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan
Seramai 51 atlet menyertai program ini dimana 34 atlet adalah daripada Pulau Pinang dan 17 atlet daripada Perak. Pasukan bertolak pada 23hb menaiki bas MSN Pulau Pinang dan diiringi seramai 1 SDO dan 4 Jurulatih. Pasukan menginap di Rumah Penginapan Pengkalan Hulu, Perak. Setibanya di tempat program, satu taklimat tentang perjalanan program 3 hari 2 malam ini telah disampaikan oleh SDO Perak En Zubir Shaharani.
Pada hari ke-2 kem, sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan dan senaman pagi dan diikuti dengan latihan di padang dan dipantau oleh Jurulatih Perak dan Pulau Pinang. Sesi petang pula diadakan ujian fizikal (fitness test) yang dijalankan oleh unit Sains Sukan MSN Perak. Keputusan ujian akan di emailkan pada minggu depan.
Pada hari ke-3, kira-kira jam 8 pagi 'mini competition' diadakan dan hanya untuk jarak 30m (double 30) sahaja. Dan selepas pertandingan, sesi penutup disempurnakan oleh KUN Perak En Meor Shahriman Bin Meor Ahmad Kasri. Berikut adalah pemenang yang berjaya.
Recurve Lelaki
1. Nur Arif Azli - Perak (333)
2. Muhd Hanif Zuberi - Perak (332)
3. Quak Ting Hua - P.Pinang (325)
Recurve Wanita
1. Loke Shin Hui - P.Pinang (335)
2. Meerosha Balakrisnan - P.Pinang (330)
3. Siti Fatimah Abd Karim - P.Pinang (324)
Sekalung tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurkan kem latihan bersama dan semoga dapat diteruskan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
--
Shasha Tarmuzi
PPN
Sukan Memanah / Boling Padang / Renang / Terjun
USPTN Pulau Pinang
Shasha Tarmuzi
PPN
Sukan Memanah / Boling Padang / Renang / Terjun
USPTN Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.