Wednesday, October 26, 2011

Laporan ringkas memantau latihan pusat fasa akhir pasukan silat olahraga di Cameron Highland


Seramai 24 orang atlet pasukan silat olahraga negara (15 elit dan 9 Pelapis Kebangsaan) serta 6 orang jurulatih dan pegawai berada di Tanah Rata, Cameron Highland kerana menjalani latihan pusat fasa akhir sebelum ke Sukan Sea 2011 di Palembang, Indonesia. Pasukan pelapis kebangsaan telah memulakan latihan pada 1 Oktober disusuli oleh pasukan elit pada 15 Oktober.  Latihan bermula dari pukul 7 - 10 pagi tumpuan pada latihan fizikal seperti short jungle tracking dan senaman merekangkan otot di kawasan Dewan Belora, Tanah Rata. Manakala latihan sebelah petang pada pukul 3-5 petang pada teknik.

Pandangan dari jurulatih sangat berpuas hati sepanjang menjalani latihan pusat di sini terutama dari segi semangat, disiplin dan teknik. Mereka mengalu-alukan kedatangan pegawai dari MSN memantau latihan disini dari semalam.  Para atlet berjanji akan memberi persembahan yang terbaik di Sukan Sea 2011 ini. Mereka dijangka tamat latihan pusat ini pada 30 Oktober 2011 sebelum memasuki kem kebangsaan. 

--
Mohd Razib Yahya

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.