SESI PAGI 8.30 pagi - 10.30 pagi
Program Bike Fit telah dikendalikan oleh En. Muhd Izuwan B. Muhamad Zawaki dari Unit Biomekanik, Institut Sukan Negara. Pada sesi teori, para peserta telah diberikan penerangan betapa pentingnya unkuran basikal dapat membantu untuk meningkatkan prestasi. pada sesi praktikal, para peserta kem berkesempatan untuk mendapatkan bike fit masing-masing yang mana kemudahan ini tidak ada dinegeri-negeri temasuk satelit ISN di negeri.
10.30 pagi - 12.00 Tghari
--
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
Program dikendalikan oleh Cikgu Suod untuk menerangkan cara-cara warm-up yang betul Sprint dan Endurance.
SESI PETANG 2.30 ptg - 5.30 ptg
Melakukan program di trek. Segala perkara yang telah dibincangkan di dalam kelas akan terus dipraktikkan di trek agar para peserta dapat mengingati apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Aktiviti trek terpaksa ditangguhakan lebih awal daripada jadual kerana hujan.
SESI MALAM 8.30 mlm - 10.00 mlm
Tiada aktiviti untuk atlet. Para peserta diberikan rehat secukupnya. Dengan kesempatan yang ada ini, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama jurulatih untuk membincangkan tentang peraturan baru kejohanan PLN pada bulan November 2011 ini. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama diantara Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri dari segi penyertaan atlet, penggunaan gearing dan juga aspek teknikal. Segala peraturan telah mendapat persetujuan bersama dan hal ini akan diapanjangkan kepada Cawangan Pngurusan Acara unutk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.