Friday, October 7, 2011

LAPORAN KEM ACC 2012


Laporan hari keempat ( 6/10/2011)

Sesi pagi dimulakan jam 8.00 hingga 11.00 pagi yang dijalankan di LEBUHRAYA sejauh 50km yang bermula dari Velodrome ke Arah mengahala ke Batu Gajah dan berpatah balik ke Velodrome. Selepas latihan di lebuhraya atlet di beri latihan skil pengawalan basikal yang lebih berbentuk kepada permainan .  


Sesi petang bermula pada jam 3.30 pm hingga jam 6.00 petang. Sesi ini lebih menjurus kepada acara team sprint dan team pursuit yang dibahagikan kepada dua kumpulan yang di ketuai oleh Junaidi Nasir bagi acara sprint dan Edi Norshamshidi/Jamaluddin/Mahazir Hamad/Rosli Salleh kumpulan Endurance. Pada sesi petang ini juga En Jefri Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis serta En Afzan Pengurus Pelapis Serantau telah sudi hadir ke Kem latihan ini  dan telah memberi ucapan serta amanat dan kata-kata perangsang kepada atlet-atlet  sejurus tamat latihan di Velodrome.  Peseta-peserta kem amat berterima kasih dan berbesar hati kepada En. Jefri kerana dapat meluangkan masa berjumpa serta melawat atlet-atlet ini yang mana bakal mewakilli Malaysia ke Kejohanan ACC JUNIOR 2012 yang akan didakan di Kuala Lumpur nanti.

Kesemua atlet-atlet berkenaan baik walaupun terdapat jurulatih yang mengalami simtom sakit tekak dan demam tetapi tetap bersemangat meneruskan kem latihan ini.



Sekian laporan dari ipoh.

--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.