Tinggi bukit gemilang gemilang
Air laut tenang – tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang kenangan
Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang
Bagi kalangan
ahli sukan dan penggiat sukan nama Dato’ Seri Zolkples Embong bukanlah satu nama
asing dalam dunia sukan. Nama beliau
sering menghiasi berita – berita sukan tanahair dengan memberi komentar serta
respons yang baik. Tugas menjadi seorang Ketua Pengarah bukan boleh di pandang enteng kerana
perlu mengemudi kesemua Bahagian & Cawangan serta perlu menjalinkan
kerjasama baik dengan pelbagai agensi berkaitan. Program Pelapis yang ditubuhkan semenjak
tahun 2008 turut terkesan dengan berita bahawa beliau akan meninggalkan kerusi
panas di Majlis Sukan Negara.
Mengenali beliau
secara umumnya, beliau seorang yang aktif dalam pelbagai jenis sukan seperti
golf terutamanya, tenpin boling dan boleh bermain futsal! Beliau sentiasa percaya dengan kemampuan
Program Pelapis yang menjadi menjadi salah satu tunjang atau core business di
MSN untuk pergi lebih jauh. Sesungguhnya
warga kerja Majlis Sukan Negara beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin
yang hebat dan dibawah naungannya nama Majlis Sukan Negara gah berdiri dan
Program Pelapis turut terkena kesan limpah tersebut.
Pelbagai usaha
dan program telah dilancarkan untuk memastikan Program Pelapis berkembang baik
dari hari ke hari dan masa ke semasa.
Beliau jarang untuk mengatakan tidak jika terdapat jemputan daripada
Pelapis bagi sesuatu program kerana ianya adalah satu salah cara beliau
mengenali lebih rapat penggiat sukan di peringkat akar umbi. Memetik kata kata beliau dalam salah satu
program yang dianjurkan:
“Kita berharap Program Pelapis yang dilaksanakan di pelbagai
peringkat dapat melahirkan kumpulan atlet berpotensi dan boleh diketengahkan di
masa hadapan”
Kami warga
Pelapis turut terkesan dengan kehilangan beliau namun percaya pada kewibawaan
pengemudi yang baru. Semoga Dato’ Seri
Zolkples Embong terus success di masa hadapan dan kami mengucapkan terima kasih
atas jasa dan budi yang ditaburkan selama ini.