TARIKH : 30 NOVEMBER 2014
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, PAHANG
Untuk
hari kedua, tepat jam 6.30 pagi perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu
'Negaraku' dan bacaan doa oleh ketua atlet.
Pihak
pengurusan kem telah menjemput tiga (3) orang wakil daripada Pusat Satelit
Institut Sukan Negara (ISN) Pahang untuk menjalankan ujian kecergasan kepada
semua atlet kem ini. Ujian bermula pada
jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari dan jurulatih juga turut
membantu.
Sesi
petang pula, semua atlet dibawa turut ke trek stadium untuk menjalankan
aktiviti warm up dan tiada aktiviti lasak memandangkan mereka baru menjalani
ujian kecergasan pada sebelah pagi tadi.
Tepat
jam 8.30 malam pula, sekali lagi urusetia dari Cawangan Hal Ehwal Atlet
menjalankan aktiviti berkumpulan. Ia
bertujuan untuk menerapkan semangat sepasukan dalam diri atlet tanpa mengira
siapakah mereka (jenis acara) dan yang utama adalah kejayaan matlamat yang ingin
dicapai.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.