Pembukaan program bagi hari ke - 2 dimulakan dengan
perhimpunan pagi atlet dan jurulatih tepat jam 6.30 pagi dengan nyanyian lagu
Negara Ku sebagai pembukaan program dan diikuti dengan regangan badan sebagai
senaman pagi para atlet. Selepas itu Ketua jurulatih telah memberi taklimat
ringkas perjalanan program yang telah diaturkan mengikut jadual. Selesai
perhimpunan pagi para atlet diberi sarapan pagi oleh pihak hotel bermula jam
7.10 pagi dan jam 8.00 pagi pula para atlet di bawa ke dewan Kementerian Belia
dan Sukan, Larkin untuk sesi ujian kecergasan yang dikendalikan oleh pasukan
TID ISN dari Bukit jalil yang dibantu oleh ISN Nusajaya Johor Bahru. Sesi ini
telah tamat jam 11.30 pagi dan atlet dibawa pulang ke hotel untuk rehat serta
makan tengah hari bermula jam 12.30 tengah hari.
Sesi latihan kem bermula jam 2.00 petang di Padang Memanah
Stadium Larkin dengan latihan shooting skill jarak 10 meter. Sebelum memulakan
latihan para jurulatih telah membuat pemeriksaan peralatan setiap atlet dan
regangan ringan dijalankan oleh mereka sebelum memulakan latihan memanah.
Latihan ini telah tamat jam 6.00 petang dan atlet di bawa pulang ke hotel untuk
berehat bagi meneruskan sesi sebelah malam. Disebelah malam hanya aktiviti
ringan diberikan kepada para atlet, dimana sesi Ice Breaking dan Fun Games yang
dipimpin oleh pihak urus setia sehingga tamat jam 10.15 malam.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.