Kem latihan hari ke 3 diteruskan lagi dengan perhimpunan
pagi atlet dan jurulatih pada jam 6.30 pagi, dimana semua atlet berkumpul di
hadapan hotel bagi menyanyikan lagu Negaraku dan mendengar taklimat ringkas
jurulatih bagi perjalanan program. Seperti biasa senaman ringan dan regangan
badan sebagai pemanas badan telah dibuat dan lari anak sebanyak 2 pusingan
telah dilakukan.
Sesi latihan di padang diteruskan lagi bermula jam 8.00
pagi, dimana kesemua atlet dibawa ke padang memanah untuk menjalani latihan
'shooting skill' jarak 10 meter dan diikuti dengan jarak 30 meter. Menurut
jurulatih terdapat beberapa orang atlet yang masih perlu memperbaiki cara
memanah mereka. Sebelum latihan dijalankan, para jurulatih akan memeriksa bow
yang digunakan oleh atlet untuk mendapat cara memanah yang betul, kerana
rata-rata atlet tidak menggunakan cara yg betul semasa memanah. Walau bagaimanapun,
para atlet dapat melakukan dengan baik setelah diberi tunjuk ajar oleh beberapa
juratih yang berpengalaman didalam bidang ini.
Pada sebelah petang pula, pada jam 2.00pm jurulatih memberi
latihan tambahan jarak 30 meter lagi untuk atlet mendapat keserasian
menggunakan bow mereka dengan teknik dan cara yang telah diubah semasa di kem
ini dan tidak sama semasa mereka di negeri masing-masing. Menurut jurulatih ada
peningkatan atlet tersebut sehingga latihan sebelah petang tamat jam 6.00
petang dan atlet di bawa pula ke hotel untuk berehat dan bersiap bagi makan
malam serta sesi sebelah malam pula.
Sesi pada malam ini diteruskan dengan menjemput penceramah
daripada ISN iaitu Dr. Ahmad Munawwar dengan tajuk Asas Kecederaan Sukan.
Ceramah ini telah menerangkan kepada atlet mengenai asas kecederaan sukan dan
kecederaan yang sering dan kerap terjadi kepada atlet semasa latihan mahupun
semasa kejohanan. Di ceramah ini juga, atlet juga diberitahu bagaimana cara
untuk mengatasinya disamping menerangkan punca terjadinya kecederaan. Dihujung
ceramah telah diadakan sesi berdialog atlet dan doktor dan beberapa soalan
berkaitan telah diajukan kepada penceramah ini sehinggalah sesi tamat jam 10
malam. Kem latihan akan disambung pada keesokan harinya lagi dan dilampirkan
bersama gambar sesi latihan sepanjang hari ini.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.