Acara 10m Air Pistol (M) bermula pada jam 9 pagi dan
disertai oleh tiga (3) orang atlet Elit iaitu Johnathan, Liew Tack Fai dan Choo
Wen Yan.
Berakhirnya acara tersebut, jam 11 pagi acara diteruskan
dengan 10m Air Pistol (M) Junior dan seramai 25 orang peserta telah
terlibat. Peserta dari Malaysia adalah
Abd. Hadi, Eddy Chew (Elit), Jasmi (Pelapis Kebangsaan) dan Muhd. Ammar
(Pelapis Negeri).
Pada jam 2 petang pula acara diteruskan dengan final 10m Air
Pistol (M) dan seorang (1) atlet Malaysia telah layak iaitu Johnathan Wong
(Elit). Manakala di lapangsasar Chua Chu Kang pula acara telah
berlangsung pada jam 9 pagi dengan acara 50m Rifle Prone (M) kelayakan dan
seramai lima (5) orang atlet telah berjaya melepasi kelayakan tersebut. Mereka adalah Mohd. Hadafi, Mohd. Shahril,
Muhd. Ezuan (Elit), Zul Haziq dan Muhd. Lutfi (Pelapis Kebangsaan).
Pada jam 11 pagi acara final dimulakan dan atlet Malaysia
telah menunjukkan persaingan yang sengit antara satu sama lain dalam
menempatkan diri masing-masing untuk berada dikedudukan yang terbaik.
Pada sebelah malamnya pula jam 8.30 malam sesi atlet
(Pelapis Kebangsaan & Negeri) bersama pegawai psikologi dijalankan dan
beberapa aktiviti seperti motivasi, latihan penafasan, latihan konsentrasi
dengan menggunakan concentration grid dan latihan relaksasi otot (progresive
muscle relaxation) telah dijalankan selama 2 jam.
Berikut adalah keputusan bagi 11 Disember 2014 :
10m Air Pistol (M) - Individu
1. Johnathan (MAS/Elit) - 198.2
2. Naung Ye (MYA) - 195.8
3. Hoang Xuan (VET) - 176.0
10m Air Pistol (M) - Berpasukan
1. VET - 1722
2. TPE - 1701
3. MYA - 1699
10m Air Pistol (M) Junior - Individu
1. Eddy Chew (MAS/Elit) - 564
2. Wu Cheng (TPE) - 561
3. Wong Han (SIN) - 560
10m Air Pistol (M) Junior -Berpasukan
1. TPE - 1666
2. SIN - 1646
3. MAS - 1663 (Eddy/ A.
Hadi/ Jasmi)
50m Rifle Prone (M) - Individu
1. M. Shahril (MAS/Elit) - 206.5
2. Ong Jun (SIN) - 206.4
3. Htaik Kaung (MYA) - 162.2
50m Rifle Prone (M) - Team
1. MYA - 1837.8
2. MAS - 1836.8 (M. Ezuan/M.
Hadafi/M. Zubair)
3. SIN - 1817.8
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.